in

“Do you know Khairul Aming?” – Netizen Bangga KA Dikenali Hingga Ke London

Khairul Aming Dikenali Di London

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming sememangnya menjadi inspirasi seluruh rakyat Malaysia terutama golongan muda dan usahawan.

Sikapnya yang begitu merendah diri dan positif itulah yang membuatkan beliau sentiasa disebut-sebut orang ramai.


Bahkan, anak kelahiran Kelantan ini bukan sahaja mencipta nama di sini, juga turut dikenali sehingga ke London!

Hal ini diketahui apabila seorang lelaki rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Chris MJ memuat naik video di sebuah gerai makanan ketika dia sedang bercuti di sana.

Artikel berkaitan: “Perghh tebal” – Khairul Aming Belanja Staf Lagi, Netizen Terkejut Tengok Sampul Raya ‘Berkepuk’ Duit

Artikel berkaitan: Terinspirasi Dengan Khairul Aming, Imam Buat ‘Live’ TikTok & Facebook Untuk Bina Hotel Di Masjid

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok, Chris mengajukan soalan kepada dua peniaga di hadapannya mengenai asal usul mereka. Kemudian, pekerja terbabit bertanyakan pula soalan sama kepada Chris.

Namun, apa yang mengejutkan apabila dua pekerja berkenaan terus bertanya sama ada Chris dan rakannya mengenali Khairul Aming selepas mengetahui mereka dari Malaysia.

@christhechindian

Brooo hebat la guys. Power @Khairulaming dah sampai London 💯 Terkejut kami bila Chef tiba tiba tanya “You know Khairulaming?” 😅 Of course la we know. Who in Malaysia don’t know ? 📍: Bomba Paella, Borough Market #SuduonTheStreet #StreetInterview #London #Fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #khairulaming #fypシ #makanhowmuch

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

“Awak kenal Khairul Aming? Dia pernah datang ke sini dan membuat video di gerai ini,” kata pekerja itu.

Dapat dilihat pekerja terbabit berasa bangga selepas memberitahu dia mengenali Khairul Aming. Sempat juga dia menyatakan masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak mengenali Ikon Inspirasi TikTok Shop ini.

Sekadar info, gerai makanan yang dikenali sebagai Bomba Paella di Borough Market, London itu cukup dikenali para pelancong luar negara.

Difahamkan, Khairul Aming juga pernah mengulas makanan di gerai terbabit ketika dia sedang bercuti di London.

“Khairul Aming mendonia”

Perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya meluahkan rasa bangga apabila ada warganegara lain turut mengenali Khairul Aming.

Screenshot 2024 04 04 114428

Wow, manalah tahu suatu hari nanti KA disenaraikan pula sebagai 100 usahawan berpengaruh di media sosial peringkat global pula?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.