Dun Adun pembangkang di Kelantan menuntut permohonan maaf daripada Menteri Besar, Mohd Nassuruddin Daud berikutan kenyataannya yang mendakwa mereka menentang perjuangan Islam.
Dua Adun tersebut, Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata mereka memberi masa selama tujuh hari kepada Nassruddin untuk emmbuat permohonan maaf. Jika gagal berbuat demikian, tindakan mahkamah akan diambil.
“Kenyataan yang dibuat Menteri Besar pada pagi kelmarin ketika menyampaikan kuliah agama di Dataran Ilmu dengan mengatakan dua calon BN-PH yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan baru-baru ini sebagai menolak perjuangan Islam tidak sepatutnya dibuat oleh pimpinan tertinggi negeri.
“Mewakili 10,742 rakyat Galas yang mengundi BN dan 9,691 rakyat Kota Lama mengundi PH, kami amat tersinggung dengan pernyataan Menteri Besar ini yang saya anggap sebagai melampau dan ekstrim
“Kenyataan itu seolah menentang Pas seperti menentang perjuangan Islam adalah budaya takfiri yang boleh memecah-belahkan rakyat dan masyarakat.
“Pastinya kenyataan ini menjurus kepada perselisihan faham iaitu menuduh pengundi BN sebagai penentang sedangkan saya sebagai seorang Islam yang lahir dan Insya-Allah mati sebagai umat Islam tidak sesekali akan menentang Islam.
“Pandangan saya, ucapan Menteri Besar yang bernada sinikal dan angkuh itu wajar dihindari pada masa akan datang,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Syahbuddin turut mmeminta supaya Menteri Agama, mufti sera alim ulama untuk memberi pendapat berkaitan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.
Untuk rekod, Mohd Nassuruddin dalam satu rakaman video menyatakan kemenangan Pas dalam PRN baru-baru ini adalah satu kemenangan perjuangan Islam. Dia turut melabelkan dua kerusi yang dimenangi oleh PH-BN sebagai pihak yang menentang perjuangan itu.
Kredit: Harian Metro
BACA: Transformasi Wanita Ini Sebelum & Selepas Mekap Buat Ramai Terkejut