in

Ditemui Dalam Kereta Di Sebuah Taman, Pelakon Filem ‘Parasite’ Lee Sun-kyun Meninggal Dunia

lee sun kyun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Korea Selatan, Lee Sun-kyun, yang terkenal dengan lakonannya dalam filem Parasite telah ditemui mati awal pagi tadi waktu tempatan.

Dia yang berusia 48 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di sebuah taman di tengah bandar Seoul pada hari Rabu.


Artikel berkaitan: Bebas Tuduhan Dadah, G-Dragon Nak Tubuhkan Yayasan Anti-Dadah Untuk Bantu Belia Korea

Artikel berkaitan: Artis Korea Selatan Batal Konsert Di Malaysia Lepas Dikecam Netizen Gara-gara ‘Like’ Status Sokong Israel?

download 2 1

Menurut BBC, punca kematian pelakon filem Parasite yang memenangi Oscar itu masih belum dapat ditentu sahkan namun polis memberitahu pihaknya telah menerima laporan bahawa Lee meninggalkan rumah selepas menulis sebuah memo.

Sebagai info, Lee sebelum ini telah digugurkan dalam satu projek drama bersiri selepas adanya tuduhan berkenaan dadah yang membabitkan dirinya.

Dia baru-baru ini berada di bawah siasatan polis kerana dakwaan menggunakan dadah sejak awal tahun ini, pelakon itu disyaki mengambil dadah dengan seorang pekerja bar wanita.

Namun, Lee mendakwa bahawa dia telah mengambil bungkusan yang diberikan oleh pelayan itu tetapi berkata dia tidak tahu bahawa ia adalah dadah terlarang.

Selain itu, difahamkan Lee Sun-kyun telah berkahwin dan mempunyai dua anak dengan pelakon Jeon Hye-jin, serta telah berkecimpung dalam kerjaya lakonan lebih dari dua dekad.

Sumber: BBC

Sumber: AP News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.