in

“Ditemui dalam keadaan ketakutan & panik”- Bomba Selamatkan Pasangan Suami Isteri Sesat & Kereta Tersekat Dalam Selut

tersesat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak bomba baru-baru ini telah menyelamatkan pasangan suami isteri yang tersesat ketika mereka dalam perjalanan untuk ke rumah pelanggan untuk perkhidmatan berinai pengantin pada waktu malam Rabu lalu.

Kisah pasangan suami isteri itu yang tersesat sehingga kereta yang dinaiki mereka tersekat di dalam kawasan berselut sehingga tidak dapat bergerak itu telah dikongsikan menerusi media sosial TikTok ashirashiro baru-baru ini.


@ashirashiro

30 April 2025- Saya dan husband, otw ke A’Famosa Villa untuk job henna. Kitaorang ikut google map tapi entah macam mana kitorang terbabas ikut satu jalan pelik lalu bawah flyover lama. Waktu tu dah senja maghrib (7:25pm) dah rasa tak tak sedap hati suruh husband patah balik tapi dia cakap “ada jalan tar ada laluan mesti boleh jumpa jalan besar” masih teruskan perjalanan sebab fikir maybe sekejap je lagi dah nak sampai kan. Tapi makin masuk makin jauh. Kiri kanan sempit. Tak boleh U-turn. Kereta mula tersangkut dalam lumpur. Ahhh sudah ! 😭 Saya sempat call customer inform kitorang sesat. Diorang cuba nak hantar orang datang tolong…tapi bila sampai dekat-dekat area tu, diorang pun tak berani nak teruskan. Diorang cakap tempat tu lain macam sangat. Saya tak paksa takut jadi apa-apa pulak dekat orang lain. Sambil tunggu saya call 999, saya cakap “Kitorang sesat, boleh hantar bantuan tak? Kereta kami stuck, tak boleh gerak.” Tapi dispatcher jawab: “Call towing lah…” Ya Allah Ya Rabbi. Masa tu rasa hopeless sangat 😭😭😭 Saya cuba sekali lagi, call bomba terus. Kita cuba sedaya upaya tolak kereta keluar dari lumpur, dah la gelap, takut sangat, takde lampu, takde sorang manusia pun lalu masa tu. Kita ada lampu kereta dengan powerbank je. Adrenaline rush, saya dengan husband tolak dengan seluruh tenaga yang ada. Sampai sekarang badan saya sakit hahahahaha masa tu, dah tak fikir apa cuma fikir “Kita kena keluar dari tempat ni” nak menangis tapi tahan. Husband pun tak give up. Kita sama-sama takut. Sumpah takut. Tak tahu kitorang kat mana, tak tahu siapa boleh tolong. Allah je boleh tolong. Alhamdullillah abang-abang bomba sampai pukul 8:34 malam. Diorang pun macam tak percaya kereta kitorang boleh lalu situ. Abang bomba cakap “Tempat ni keras. Tak sepatutnya ada orang sampai sini. Kitorang naik 4×4 pun seriau nak masuk. Korang dah kena “bawa” ni.” Allahuakbar 😭 Hanya Allah tahu perasaan kitorang masa tu. Abang-abang bomba escort kami keluar, pastikan kami selamat sampai ke jalan besar. Alhamdullillah semua selamat tapi still trauma, takut. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana selamatkan kami. Terima kasih abang-abang bomba. Pengajarannya “trust your instinct”. Be safe everyone ! 🥲

♬ original sound – Ashira – Ashira

Memetik laporan Sinar Harian, sebelum kejadian tersesat, pasangan suami isteri itu menaiki kereta yang dipandu sendiri untuk ke rumah pelanggan dan mereka telah menggunakan Google Maps.

Namun, pasangan suami isteri itu mengatakan entah bagaimana mereka seperti ‘dibawa’ oleh makhluk lain untuk melalui kawasan yang seram dan sunyi serta terdapat selut sehingga menyebabkan kereta mereka tersekat.

11

Artikel Berkaitan: “Nasib baik ada abang bomba” – Orang Ramai Puji Tindakan Pantas Bomba Padam Kebakaran Kecil Di Belakang Pentas Ketika Konsert Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan: “Terus terjun” – Gelagat Abang Bomba Selamatkan Kucing Atas Bumbung Buat Orang Ramai Geli Hati

Kedua-dua mangsa cuba untuk menolak keluar kereta mereka dari kawasan selut itu namun tidak berjaya.

Mereka kemudiannya menghubungi 999 talian kecemasan untuk meminta bantuan.

Pihak bomba kemudiannya tiba di kawasan tersebut dengan menaiki kereta pacuan empat roda untuk membantu pasangan suami isteri dan menurut anggota bomba terlibat, mangsa-mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan dan panik.

Kereta mangsa berjaya ditarik keluar dengan bantuan pihak bomba.

Meninjau ke ruangan komen perkongsian TikTok tersebut, ramai warganet yang mengatakan jalan yang dilalui oleh pasangan suami isteri itu merupakan jalan lama dan sebenarnya ‘keras’.

Pihak bomba turut mengatakan mereka sedia berkhidmat untuk menyelamatkan orang awam tidak kira kes tersebut mempunyai unsur mistik ataupun tidak.

Alhamdulillah, semuanya selamat. 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.