in

Disyaki Tampar Bayi 8 Bulan Kerana Kerap Muntah, Pengasuh Ditahan Polis

fi pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pihak polis telah menahan individu yang dipercayai seorang pengasuh kerana disyaki menampar bayi berusia 8 bulan di sebuah kediaman di Bandar Tasik Permaisuri Cheras.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Kuala Lumpur, ACP Kamaruzaman Elias, kejadian yang berlaku pada Rabu lepas itu melibatkan seorang pengasuh wanita berusia 48 tahun.


Dikatakan ibu bayi berkenaan telah mendakwa pipi kanan anak bongsunya kelihatan kemerah-merahan ketika diambil dari rumah pengasuh.

Dia kemudiannya ditahan selepas ibu bayi tersebut yang dipercayai berusia 25 tahun membuat laporan mengenai kejadian pada jam 11.29 malam pada hari yang sama.

“Siasatan mendapati pengasuh mengaku tidak sengaja menampar pipi mangsa ketika berada dalam buaian selepas dikatakan sering muntah-muntah.”

Namun, suspek (pengasuh) telah pun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. Pihak polis juga menunggu laporan penuh perubatan mangsa sebelum kes tersebut dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan.

Kata Kamaruzaman lagi, kertas siasatan dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes penderaan kanak-kanak yang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian mahupun menyebarkan berita daripada sumber yang tidak sahih kerana ia boleh menganggu siasatan pihak polis.

Sumber: Bernama

Baca: Bayi Kritikal Lepas Airbag Meletup, Ini Sebab Kenapa Tak Boleh Letakkan Baby Seat Kat Kerusi Depan

baca pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.