in

Disney+ Perkenal ‘Spin-Off’ Running Man, Bakal Dibintangi Jong Kook, HaHa dan Suk Jin

3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tak antara korang yang suka binge watch Running Man? Jika ya, bersedialah untuk sesuatu yang baru dan fresh!

Baru-baru ini, Disney+ telah mengeluarkan poster dan trailer untuk variety show terbaru mereka berjudul Outrun. Menariknya, program tersebut merupakan spin-off kepada rancangan hiburan terkemuka Korea, Running Man.


1 5

Outrun akan diterajui tiga orang line-up asal Running Man iaitu Kim Jong Kook, HaHa, dan Ji Suk Jin. Sama seperti Running Man, program ini juga menampilkan barisan tetamu terkemuka seperti Song Ji-hyo, Yang Se-chan, Defconn, Kim Jong-min, Yoo Se-yoon dan Choi Joon.

Rancangan variety itu akan membawa tema unik yang berbeza serta misi-misi baru yang belum pernah ditayangkan sebelum ini. Wah, game apa lah yang berbeza sangat tu, kan?

Dalam satu kenyataan, HaHa menyatakan mereka banyak merasakan pengalaman baru yang tidak pernah mereka alami selama 11 tahun dalam rancangan Running Man.

Trailer berdurasi seminit lebih itu melihatkan babak-babak menarik seperti adegan romantis antara Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo, aksi blokbuster dan sedikit unsur seram.

Klip tersebut turut menampilkan beberapa game baru yang mendebarkan serta permainan tarik tag nama dari Running Man.

Dua episod pertama Outrun akan disiar melalui laman strim Disney+ bermula 12 November ini. Selepas itu, episod baru akan dikeluarkan secara mingguan setiap Rabu.

Sumber: Soompi dan Youtube

Baca: Program ‘Running Man’ Terima Kecaman Hebat Gara-Gara Permainan Dikatakan Ganas & Bahaya

4 6

Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.