Sejak mulanya pandemik, trend membeli belah rakyat Malaysia dah mula berubah, semakin ramai yang peka dan mula menggunakan platform e-dagang untuk membuat pembelian barangan.
Selain pembelian secara tunai, kemudahan seperti pembayaran terus dari akaun bank, penolakan dari kad kredit atau debit dan lain-lain pilihan pembayaran yang mudah dan menyeluruh membuatkan ia mendapat sokongan pengguna.
Beberapa tahun kebelakangan ini pula, muncul lagi satu ‘trend’ beli belah e-dagang yang membolehkan pengguna untuk membeli barang dengan konsep ‘langganan’. Pelanggan hanya perlu sediakan jumlah bayaran tertentu semasa proses ‘check-out’ dan bakinya akan ditolak secara bulanan pada masa yang ditetapkan.

Salah satu platform e-dagang yang mengaplikasikan pembayaran seperti itu ialah SUBPLACE, laman web e-dagang pertama di asia dengan konsep pembelian melalui langganan yang menawarkan rangkaian produk yang pelbagai, perkhidmatan melalui langganan atau program ‘sewa-untuk-beli’.
Apa yang menarik tentang SUBPLACE ni adalah ia memastikan barangan yang bernilai tinggi mampu dimiliki oleh orang ramai dengan kadar ‘langganan’ bulanan yang rendah selain terdapat juga banyak produk yang boleh dibeli secara ‘one-off’.
Terbaru, Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) telah menganjurkan Anugerah Pedagang E-Dagang Teratas Malaysia (Top ECM) 2022 untuk meraikan keusahawanan digital dalam semua bentuk.
Selepas 6 tahun mempromosi dan mengiktiraf industri dan peniaga e-dagang, SIDEC telah menghasilkan kaedah baharu yang berkesan dalam mencari juara baharu anugerah berprestij ini dan salah satu platform yang mengambil bahagian ialah SUBPLACE.
SUBPLACE Celebrate 2gether 2nd Anniversary Bonanza
Menariknya, sempena ulangtahun ke-2 SUBPLACE, diorang tengah adakan pelbagai tawaran serta diskaun hebat bagi pembelian pelbagai barangan berjenama.
Paling menarik, pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 85% untuk pembelian produk-produk terpilih, bukan itu sahaja banyak lagi tawaran menarik dan setiap pembelian produk secara ‘langganan’ akan menerima hadiah percuma atau tawaran-tawaran tambahan bermula dari 1 November – 30 November 2022.

Min dah tengok tawaran yang diberikan, antara yang menarik :
1) Anting-Anting Emas (S81) MJ Jewellery : RM354 RM245 *

2) Mesin Pengurut Kaki ITSU iChillax : RM2,288 RM348*

3) SwissThomas Air Fryer Stirrer Siri ChefMaster Siri CM6.5 : RM799 RM111.90*

4) Blouse Janna Waffle : RM99 RM27.80*

5) Kotak Misteri Hot Wheels B – 2 Set Suit RN/SS : RM119 RM58.60*

6) Pembersih Vakum Handheld Tanpa Kord, Samu Giken Model: V10-Shuiro : RM599 RM189*

* Harga tertera selepas baucer diskaun digunakan
Kalau nak ikutkan, memang banyak lagi tawaran-tawaran yang menarik yang korang boleh dapatkan sempena promosi SUBLACE Celebrate 2gether 2nd Anniversary Bonanza ni.

Untuk maklumat lanjut atau mahukan lebih banyak tawaran-tawaran yang menarik, korang boleh terus ke laman web SUBPLACE atau korang boleh juga muat turun aplikasi Subplace dengan scan je kod QR di atas.
