Sekitar tahun 2003 terdapat satu kejadian misteri yang menggemparkan penduduk kawasan Taman Rinting di Johor Bharu.
Dikatakan sebuah banglo hilang sekelip mata sehinggakan ia menjadi tanda tanya khususnya dalam kalangan masyarakat setempat.
Cerita misteri ini dikhabarkan mempunyai banyak versi, tetapi apa yang menjadikan ianya unik tiada siapa yang dapat merungkai kejadian tersebut.
Perkongsian ini dibuat oleh seorang warga Twitter, iffgone yang menceritakan 3 versi yang berbeza tentang kes misteri ini.
Banglo Yang Hilang
Kisah yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Bagaimana sebuah banglo yang telah siap dibina boleh hilang dalam sekelip mata.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Johor Bahru sekitar tahun 2003-2004.
Ini adalah bebenang. pic.twitter.com/dOjwtyueTO
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Difahamkan selepas rumah ini siap, keesokan harinya banglo ini tiba-tiba hilang dari tempat ianya dibina.
Beberapa siasatan dijalankan termasuk seorang ‘Penilai Hartanah’ rumah , katanya rumah tersebut memang mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki dan pelan rumah tersebut memang wujud,
Versi Pertama
Ada penduduk setempat berpendapat pemilik rumah tersebut mengamalkan ilmu hitam untuk kekayaan tetapi perlu menunaikan ‘syarat’ tertentu.
Dikatakan pemilik rumah itu telah melanggar syarat, disebabkan itu segala kekayaannya di tarik dengan sekelip mata.
Bukan itu sahaja, dikatakan pada malam tertentu penduduk kawasan sekitar banglo misteri itu akan mendengar bunyi-bunyi aneh.
Versi Kedua
Versi ini pula, penduduk yang berkongsi, kata mereka pemilik rumah tersebut menyalahgunakan duit anak yatim yang di amanahkan oleh abangnya.
Dia membuat rumah itu dengan menggunakan duit tersebut.
Versi Ketiga
Kedengaran mengarut sedikit, mereka menceritakan pemilik rumah ini cuba menguji ilmu hitamnya dengan menghilangkan rumah banglo.
Dikhabarkan dia berjaya tetapi gagal mengembalikannya.
Susulan itu, 3 orang pengkaji perkara ghaib cuba untuk melawat rumah berkenaan.
Sebelum itu mereka mendapat mimpi yang sama, seorang lelaki tua menghalang mereka ke rumah tersebut
Sehingga hari ini kisah misteri ini masih tidak terungkai, kini kawasan tanah kosong itu dijadikan sebuah kuil.
*Walaubagaimanapun ada individu mengatakan cerita ini hanyalah rekaan sahaja…wallahualam
Min hanya kongsikan kerana perjalanan cerita ni menarik, huhu…
Rata-rata netizen gembira membaca perkongsian yang ditulis oleh iffgone.
Ni mesti tempat shooting movie ‘UP’
Banyak baca mastika budak ni.