in

Disangka Tumor Pada Awalnya, Lina Jadi Ibu Termuda Pada Usia 5 Tahun

cats 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada usia lima tahun, kanak-kanak kebiasaannya akan bermain bersama rakan-rakan mereka di taman permainan, atau baring di hadapan televisyen menonton cerita kartun.

Namun lain pula kisahnya buat Lina Medina, seorang kanak-kanak yang melahirkan bayi pada usia semuda lima tahun sekali gus menjadi ibu termuda dunia.


Lina mengejutkan ramai orang di seluruh dunia kerana mengandung pada usia belum mencapai akil baligh.

Menurut sumber, ibu bapa Lina pada mulanya menyangka kanak-kanak itu mempunyai tumor kerana perutnya semakin membuncit dan kelihatan tidak normal.

Bagaimanapun selepas diperiksa, Lina sebenarnya menjadi mangsa rogol. 

17hmlinda1 1686977005

Sehingga ke hari ini, individu yang merogol kanak-kanak yang menetap di perkampungan Andes, Peru itu masih belum diketahui.

Ayah kandungnya sendiri pernah ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan terkutuk itu, namun dia dibebaskan kerana bukti yang tidak cukup.

Tiga puluh empat tahun kemudian, Lina melahirkan anak kedua bersama suaminya Raul. Menurut sumber lain, dia menetap di sebuah daerah kecil yang penuh dengan jenayah di Peru.

Kini, umur Lina dianggarkan mencecah 89 tahun dan masih kekal sebagai orang termuda yang pernah melahirkan anak. Namun, tidak jelas sama ada dia masih hidup atau tidak.

Untuk pengetahuan semua juga, anak pertama Lina yang dinamakan Gerardo dikatakan hidup sehingga umurnya 40 tahun namun meninggal dunia kerana menghidap penyakit berkaitan tulang pada tahun 1979.

Kredit: Harian Metro

BACA: Isteri Ngidam Bau ‘Ex’ Semasa Mengandung, Rupanya Ada Plot Twist?

Capture 12

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.