in

Dipercayai Ada Unsur Kecuaian, Polis Siasat Ibu Ayah Hud Aryan

ibu bapa hud aryan disiasat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis Kelantan kini sedang melakukan siasatan lanjutan terhadap ibu dan bapa Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 19 bulan, yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai iaitu tiga kilometer dari rumah neneknya dekat Kampung Aira, Kuala Tiga, semalam.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, tindakan tersebut diambil kerana pihaknya mendapati kematian kanak-kanak lelaki itu seperti tidak logik.


Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah untuk siasatan ibu ayah, ahli keluarga serta penduduk setempat.

“Mungkin dipercayai ada unsur kecuaian,” katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan tadi (Khamis) di IPK Kelantan.

Screenshot 2025 02 26 125100

Artikel berkaitan: “Hampir 100 orang hadir” – Jenazah Hud Aryan Selamat Dikebumi Di Tanah Merah

Artikel berkaitan: Ibu Saudara Terkilan Orang Ramai Datang Rumah Hud Aryan Sambil Buat ‘Content’

Menurut laporan sebelum ini, Hud Aryan dikatakan hilang sejurus selesai diberi makan oleh ibunya, Azean Nur Atikah, 33, kira-kira jam 7 malam, pada hari Isnin.

Menurut bapa mangsa, ibu Hud Aryan dikatakan menyuap anaknya makan di ruang dapur dan telah bangun untuk membasuh pinggan.

cats 14

Sebenarnya isteri suap nasi di dapur, bukan di ruang tamu. Siap je, dia bangun untuk basuh pinggan. Selepas itu, ibu saudara masuk rumah dan lupa tutup pintu jeriji di ruang tamu.

“Dia terus pergi ke dapur. Ketika itu, anak saya sedang main sudu dan garfu. Selepas siap isteri saya basuh tangan, ibu saudara tanya keberadaan Hud. Masa tu baru sedar dia dah hilang.

“Kejadian di rumah ibu mentua saya. Ada sebatang sungai berdekatan rumah, kira-kira 100 meter. Memang dekat. Mereka sedar dia hilang dalam dua ke tiga minit saja, macam mustahil dia sempat sampai ke sungai,” ujarnya.

Apa-apapun kita tunggulah perkembangan lanjut daripada pihak polis. 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.