in

Dipenjara Dari 1983, Pak Jamil Hayat Banduan Seumur Hidup Kini Bebas

Pak Jamil Banduan Lama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hukuman penjara boleh makan masa sehingga puluhan tahun, ramai banduan-banduan yang dikenakan hukuman penjara yang lama setimpal dengan pelanggaran undang-undang yang dilakukan.

Pak Jamil Hayat atau nama sebenarnya Jamil Wahab baru-baru ini telah dibebaskan dari Penjara Taiping selepas 40 tahun berdepan dengan hukuman tersebut.


Tarikh 22 Mac menjadi tarikh keramat buatnya apabila dia dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Mac lepas.

Cats 42

Menurut laporan Berita Harian, dia yang merupakan banduan paling lama di negara ini telah pun dihantar ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia, awal pagi tadi.

“Bila saya tahu dapat pengampunan pembebasan, saya tidak percaya kerana saya sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara.

Masa tahun 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor dengan banduan paling lama adalah 37 tahun sedangkan waktu itu saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.

Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.

Pagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya.

Biarpun dia bersyukur telah dibebaskan namun dia memberitahu jauh di sudut hatinya, amat berat untuk meninggalkan penjara tersebut kerana ramai pegawai serta staf di penjara tersebut melayannya seperti sahabat dan bukan seperti banduan.

Pengarah Penjara Taiping Penolong Kanan Komisioner Penjara, Nazri Mohamad berkata, Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bahru pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan rotan di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Jamil seterusnya dipindahkan ke Penjara Taiping pada 1986 untuk meneruskan hukumannya.

Difahamkan, dia telah mendapat pengampunan pembebasan daripada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat Jamil hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.

Baca: 2 Banduan Indonesia Loloskan Diri Di Johor Akhirnya Ditemui Dalam Keadaaan Lemah & Kelaparan

Banduan Indonesia Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.