Sekarang ni, kalau korang perasan semakin ramai individu yang mengaku dirinya merupakan selebriti di media sosial disebabkan mempunyai ratusan ribu pengikut.
Kadang-kadang tu, ada yang mengaku sebagai influencer, tapi content yang diberikan adalah tidak selari dengan gelaran influencer mereka.
Baru-baru, tular di Twitter mengenai temu ramah seorang Instafemes di konti radio Hot fm.
borak apa tuh? pic.twitter.com/Ne8ANlQfQ7
— echah (@Echahsiti1) January 14, 2020
Gadis yang lebih dikenali sebagai Bibi Qairina itu merupakan seorang Instafemes dan mempunyai lebih 600K pengikut di laman Instagram miliknya.
Mungkin ramai yang masih belum mengenalinya walaupun dia mempunyai pengikut lebih setengah juta.
Tapi sebelum ini gadis ini pernah tular melalui single pertamanya iaitu Sokmed.
https://www.instagram.com/p/B5nGv7pJvlH/?utm_source=ig_web_copy_link
Namun, apa yang kembali menjadi perbualan hangat netizen adalah jawapan yang diberikan oleh Bibi selepas di tanya oleh dj.
“Masa bila Bibi paling teruk kena kecam? Sebab apa?” – Dj
“Paling teruk dekat Twitter, satu pasal lagu sokmet dan lagi satu pasal semua lelaki pakai gambar Bibi buat wallpaper. Lepastu semua perempuan yang main twitter dia tulis siapa yang tak follow IG Bibi ni limited edition” – Bibi
Hasil daripada jawapannya tu, rata-rata netizen mula menjadi trigged disebabkan masih ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan Instafemes ini.
“Suka-suka cakap semua orang, kenal pun tak”

“Dia ingat dia Billie Eilish ke?”

“Budak rempit je jadikan wallpaper”

Ish, boleh pula dia pukul rata kata semua orang.
Baca: “Sokmek natang mung” – Netizen Kutuk Instafamous Buat Lagu ‘Tahape-Hape’, Siap Ada Music Video!