in

Dinosaur Pernah Ada Di Tanah Merah, Kelantan? Ini Bukti Kewujudan ‘Gergasi’ Di Negeri Cik Siti Wan Kembang

FEAT 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan penemuan kesan tapak kaki dinosaur dipercayai daripada kumpulan spesis Sauropod yang dianggarkan berusia 145 tahun hingga 66 juta tahun.

Pasukan penyelidik Jabatan Geosains Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan menemui fosil tersebut di Bukit Panau, Kelantan.


BH dinasor2 1597468446

Susulan itu ramai yang meragui kesahihan fosil tersebut.

Adakah benar dinosaur pernah wujud di Kelantan? Betulkah fosil yang ditemui merupakan fosil dinosaur?

Untuk menjawab persoalan diatas, apa kata korang baca penjelasan di bawah ni :

 

1. Penemuan fosil ini membuktikan bahawa dinosaur pernah wujud di Tanah Merah, Kelantan kira-kira 160 hingga 66 juta tahun lalu.

2. Pasukan penyelidik juga menemui 7 tapak kaki fosil spesis Sauropod berukuran purata 72cm panjang dan lebar dengan purata 66cm di atas Batu Pasir Kuarsa.

3. Fosil yang dijumpai itu diannggarkan berusia 65 hingga 160 juta tahun lepas iaitu pada kala Jura Akhir hingga Kapur Awal.

BH dinasor1 1597468443

 

Apa itu Dinosaur Sauropod?

Sejenis reptilia berkaki empat yang merupakan dari spesis herbivor (makan tumbuh-tumbuhan).

Hasil dari fosil ini, dipercayai dinosaur ini mempunyai tubuh besar dengan tulang belakang setinggi sembilan meter, panjang sehingga 22 meter dan berat dianggarkan antara 30 ke 40 tan.

Malah dikatakan yang spesis dinosaur Sauropod ini merupakan haiwan terbesar pernah hidup di muka bumi.

 

Sumber : Sinar

Wow! Betul ke ni?

Baca : Lord Voldemort TAKKAN BERJAYA Bunuh Harry Potter! Ini 5 Teori Paling Masuk Akal Jelaskan Kenapa

BACA 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.