Bakpo pulok ni, Ayu?
Baru minggu lepas kita dengar pasal Che Abdul Karim Che Hamid yang sangat merindui isteri ketiganya sebab dah berminggu-minggu tak bertemu mata, rupa-rupanya Ayu pun sama.
Menurut Harian Metro, budak berusia 11 tahun berkenaan kini hanya mampu menahan rindu pada suaminya tu sebab Ayu sekarang dah ditempatkan kat sebuah pusat kebajikan di Thailand.
Ibu Ayu, Aminah menceritakan bahawa anaknya mengakui yang dia sangat merindui dan mahu menemui suaminya tapi tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Thailand. Aminah turut mengesahkan yang anaknya kini berada di pusat kebajikan di Thailand, tidak jauh dari pekan Sungai Golok.
Difahamkan, Ayu hanya boleh dikeluarkan dari pusat kebajikan tu selepas berumur 18 tahun. Ibu dan bapa Ayu juga turut ditempatkan di pusat kebajikan terbabit dengan semua perbelanjaan makan dan minum ditanggung oleh kerajaan Thailand.
“Kami hanya menemani anak untuk tempoh beberapa bulan saja dan kerajaan Thailand berjanji untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada saya dan suami.
“Mungkin selepas ini kami akan tinggal di Thailand dan berhenti mengambil upah menoreh getah di negara ini.”
Aminah pulang ke rumah sewanya pagi tadi untuk mengambil semua barangan serta pakaian yang nak dibawa pulang ke Thailand. Dia akan pulang semula ke Thailand petang ini sebab pihak berkuasa negara itu tidak membenarkan Aminah memasuki Malaysia bagi tempoh yang lama.
Baca: “Abe rindu, dah dua minggu minggu tak tengok muka Ayu”