in

Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat, Kanak-kanak Perempuan 10 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Paya

Kanak-Kanak Perempuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun telah ditemui dalam keadaan telah meninggal dunia di kawasan berpaya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak pada jam 4.20 petang Sabtu, lapor Berita Harian.

Nuraina Humaira Rosli, murid tahun 4 SK Pos Kuala Mu sebelum itu telah dilaporkan hilang sejak petang Jumaat lalu ketika bermain di kawasan sekitar kampung berkenaan.


Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu pada awalnya telah pergi ke kedai sekitar jam 3 petang untuk membeli ayam.

Namun, ayam di kedai telah habis, jadi mangsa pulang ke rumah dengan tangan kosong dan bapa saudaranya memintanya tunggu sebentar di taman permainan sementara bapa saudaranya menyiapkan kerja sebelum mereka ke kedai lain untuk membeli ayam, lapor Sinar Harian.

Namun, mangsa didapati hilang selepas bapa saudaranya keluar dari rumah selepas itu.

Kehilangannya telah menyebabkan pihak polis dengan bantuan anjing pengesan K9 dan penduduk setempat serta beberapa agensi telah membuat operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak itu sejak pagi semalam (Sabtu).

8 2

Artikel Berkaitan: Viral Sejak Semalam Kanak-kanak Didakwa Hilang Lepas Pulang Mengaji, Rupanya…

Artikel berkaitan: “Seorang lelaki ditahan” – Remaja Perempuan 17 Tahun Hilang Di Hulu Selangor Ditemui Di Triang, Pahang

Namun, orang awam yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat itu kemudiannya telah menemui jasad Nuraina Humaira dalam paya dalam keadaan terbaring.

9 1

Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan hasil bedah siasat mangsa.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.