in

Dilanggar Ketika ‘Live’, Ramai Kecam Stesen TV Sebab Hantar Wartawan Kerja ‘On Field’ Seorang Diri

1watarawn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wartawan telah dilanggar sebuah kereta ketika membuat liputan secara langsung di Amerika Syarikat baru-baru ini. Walaupun meneruskan kerjanya setelah dilanggar, masih banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan stesen televsiyen yang menghantar wartawan untuk turun padang seorang diri.

Dalam kejadian itu, Tori Yorgey sedang melaporkan kejadian paip pecah di Dunbar, Virginia Barat kira-kira jam 11 malam waktu tempatan. Wartawan berusia 25 tahun itu tiba-tiba dilanggar sebuah SUV berwarna putih dan tersembam ke tanah. Kamera yang merakam kejadian itu turut terjatuh dan suara Yorgey turut kedengaran dalam rakaman itu. Korang boleh tengok video laporan ‘live’ kejadian itu kat bawah ni.


I just got hit by a car, but I’m okay”

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, kejadian yang menimpa Yorgey itu dilihat serius oleh para wartawan yang pernah mengalami nasib yang lebih kurang sama dengan beliau.

Memetik laporan NY Times, tiada bukti yang jelas Yorgey ditemani rakan sekerja yang lain ketika kejadian berlaku. Ini kerana, selepas dilanggar, Yorgey sendiri yang membetulkan kamera dan berkata kepada rakan sekerja di studio untuk memberikannya sedikit masa untuk beralih ke ruang yang lebih selamat.

Screenshot 2022 01 23 at 11.22.52 AMSeorang profesor dalam bidang kewartawanan di University of North Carolina, C.A Tuggle berkata, tugasan laporan ‘one-man band’ seperti yang dilakukan Yorgey itu bukanlah perkara yang baharu dalam bidang kewartawanan. Namun praktis seperti itu dilihat kian menjadi norma oleh stesen  televisyen untuk mengurangkan kos.

Beliau juga mengesa stesen televisyen untuk melihat perkara ini dengan serius kerana keselamatan wartawan yang turun padang adalah sama penting dengan laporan yang akan disampaikan.

 

Baca: [VIDEO] Pakar Meteorologi Dedah Amaran Banjir Besar, Rupanya Tak Dihiraukan Wartawan

Screenshot 2022 01 23 at 11.18.44 AM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.