Baru-baru ini, cef selebriti Prof. Dato’ Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali dengan Chef Zam meluahkan rasa bengang terhadap satu rangkaian restoran terkemuka yang didakwa menjual nasi lemak rendang ayam tidak setanding dengan harga yang dibayar.
Katanya, restoran itu mengenakan caj tambahan jika pelanggan inginkan sambal dalam nasi lemak yang dibelinya.
Menurut Chef Zam, rendang ayam yang berharga RM4.90 hanyalah terdiri dari enam ketul isi ayam yang dipotong dadu.
“They expect you to buy additional sambal to eat with RM5.90 nasi lemak telanjang. Seriously?,” katanya.
Susulan itu, Chef Zam mempersoalkan restoran terkemuka itu menjual makanan yang tidak lengkap serta kuantiti yang tidak sepadan dengan harganya.
Artikel berkaitan: “Kuat semangat dia” – Anak Yatim Piatu Gigih Berniaga Nasi Lemak Walau Sakit Jantung Berlubang
View this post on Instagram
Restoran perjelas isu tiada sambal
Sedar isu terbabit hangat diperkatakan di media sosial, pihak pengurusan Bungkus Kaw Kaw tampil memberi penjelasan dan tindakan yang bakal diambil.
Pihak restoran menyatakan setiap hidangan nasi lemak dihidangkan bersama sambalnya yang tersendiri.
Bagaimanapun, pihak restoran akur dengan kritikan yang diterima dan bersikap terbuka terhadap maklum balas dan komen daripada pelanggan.
Dalam kenyataan tersebut, pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa mereka telah cuba menghubungi Chef Zam bagi menjernihkan keadaan.
Berhubung tentang status halal, pihak mereka masih lagi dalam proses persediaan bagi permohonan Sijil Halal Malaysia.
Sumber: Instagram