Kadang-kadang kita tak sedar gurauan atau niat nak melawak dengan sesuatu perkara itu sebenarnya mendatangkan rasa kurang senang.
Ada kalanya perkara itu sebenarnya telah mempersendakan sesuatu perkara yang agak sensitif, lebih-lebih lagi ‘bahan jenaka’ itu ditayangkan di media sosial sepertimana yang @aabdulazimm hadapi, dia tidak sedar bahawa perbuatannya tidak menjaga sensitiviti sebelum akui kesilapannya.
Kami memohon maaf”
Dua hari lepas (24/7/2021), @aabdulazimm ada muat naik satu video TikTok menunjukkan rakannya sedang buat live, semasa sesi tersebut, rakan Azim yang dikenali sebagai Daniel dilihat seperti mengajuk tukang bahasa isyarat dari tv.
Video itu telah mengundang kritikan netizen kerana dilihat seperti mempersendakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Pekak & Bisu.
Ia meraih perhatian netizen sehinggakan video itu tular ke platform media sosial lain. Namun begitu, @aabdulazimm ada tampil buat permohonan maaf secara terbuka bersama rakannya dalam satu video.
Akui silap mereka, Azim dan Daniel menjelaskan bahawa perkara itu memang tidak patut dibuat lawak.
“Video tu kitaorang macam ada buat content menghina dan membuat lawak tentang orang pekak dan bisu.”
“Sebenarnya saya tak ada niat langsung nak menghina mana-mana orang bisu sebab video tu pun saya buat secara spontan.”
“Saya cuma nak bergurau dengan kawan-kawan saya tapi kitaorang mengaku silap sebab tak semua orang boleh terima apa yang kitaorang buat dalam video tu, ramai pihak juga yang tersinggung dan terasa hati dengan apa yang kitaorang buat.”
Jelasnya lagi, mereka menyedari bahawa apa yang mereka lakukan itu telah mengguris perasaan hati orang ramai, jadi permohonan maaf secara terbuka ini dibuat kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan OKU.
https://www.tiktok.com/@aabdulazimm/video/6989055783216401666?_d=secCgYIASAHKAESMgowp%2F9uZyDTOQ7o7RzRCm5Q%2FOZHSDoqD%2Fz4AXUqHaQrevnImdAw2Db8Gh6RyMocOAkPGgA%3D&checksum=0e11d802f8e75429be5b8bf7e967325b91360ba3fae8b85f2fc22be204082b8d&language=en&mid=6989055683291319041&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAqaRSa_aDsQJTW1NyTUjWIVZGMcp4JDvTiwtpdioay6L0pUs9545nA5iYVviiX0b6&share_app_id=1180&share_item_id=6989055783216401666&share_link_id=7768CA60-5697-46BA-BB3F-A9FBDFCAC468&source=h5_t×tamp=1627280079&tt_from=copy&u_code=de8l9hm4fg2gfd&user_id=6867787499281220609&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Netizen maafkan
Apapun, netizen bersikap terbuka dan mereka memaafkan mereka berdua, rata-rata warganet yang memberikan komen dan memaafkan mereka itu adalah golongan-golongan OKU yang pekak dan bisu.
Malah, ada juga yang menuntut permohonan maaf dalam bahasa isyarat, dengan berfikiran terbuka demi menebus kesalahan mereka, @aabdulazimm ada buat video tersebut.
https://www.tiktok.com/@aabdulazimm/video/6989087724179311873?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Video dari Twitter telah pun dipadam, mungkin itu tandanya ramai memaafkan mereka, jadi harap perkara ini dapat dijadikan pengajaran termasuklah kita semua untuk lebih sensitif dalam melakukan gurauan.