in

“Dihina dan dimaki, itu ke SAHABAT?” – Ibu Shuib Tampil ‘Back Up’ Anak

Ibu Shuib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu antara pelawak Jep dan Shuib nampaknya semakin mendapat perhatian peminat. Terbaharu, ibu Shuib, Salamiah Jalani tampil mendedahkan punca anak lelakinya tidak lagi menyertai siri Sepahtu Reunion Live (SRL).

Menerusi hantaran di Instagramnya @amy_salmi, ibu Shuib mengeluarkan kenyataan mempertahankan anaknya keluar dari menyertai rancangan komedi itu memandangkan Shuib pernah dipandang hina oleh individu yang bergelar sahabat.


Screenshot 2023 03 10 131653

Dihina dan dimaki sahabat sendiri

“Sebagai ibu, saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika itu.

“Kerana itu lebih baik buat anak saya dari terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah.”

Selain itu, Salamiah mempersoalkan keberadaan rakan-rakan ketika anaknya dilanda kesusahan seperti ketika Shuib disiasat SPRM. Beliau turut mendakwa anaknya dimaki dan dihina sahabat seperjuangan sendiri.

Dedah sebenarnya lebih dari yang dikatakan

Tambahnya, walaupun telah dimalukan berkali-kali, anak lelakinya itu tetap menjaga aib sahabat dengan mendakwa keluar dari SRL disebabkan pihak Astro kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Dan kerana itu lah jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang.”

Sebagai seorang ibu, beliau melihat anaknya terpaksa mengetepikan minat dan nilai wang ringgit demi melindunginya maruahnya buat kali ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan tindakannya bercerita mengenai isu ini kerana bersimpati dengan Shuib dan bukan ingin menumpang populariti anaknya.

https://www.instagram.com/p/CpkWEAQppmU/

Sebelum ini, rakan terdekat Shuib yang juga pembantu peribadinya telah membalas kenyataan yang dimuat naik Jep mengenai pengunduran Shuib dalam SRL.

Baca: “Kenapa tak cerita perkara sebenar?” – PA Shuib Persoal Penjelasan Jep Sepahtu

Pa Shuib Persoal Jep

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.