in

Difitnah Ambil Dadah & ‘Bela’ Individu Nama ‘Andy’, Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM 1 juta

ft puteri sarah nak saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Puteri Sarah Liyana bakal mengemukakan saman terhadap seorang pegawai pemasaran atas tuduhan memfitnah tanpa sebarang bukti.

Perkara itu didedahkan oleh Puteri Sarah sendiri menerusi Instagram miliknya. Jelasnya tuduhan dan fitnah yang diberikan itu tiada sebarang bukti.


Artikel berkaitan :Didakwa Bawa Lari RM26,000, Puteri Sarah Nak Saman Pegawai Pemasaran

Artikel berkaitan : Puteri Sarah Dikecam Hisap Vape Masa Live, Pembantu Peribadi Perjelas Sebenarnya..

“Memfitnah. Menyebarkan fitnah. Menuduh tanpa bukti. Next time nak menghina dan memfitnah make sure berserta bukti bukan jadi tin kosong.”

Screenshot 2024 02 14 180120

Dalam dokumen kenyataan yang dilampirkan itu, tuntutan terhadap kenyataan yang berbaur fitnah itu ditujukan kepada individu yang dikenali sebagai Nazatul Nazira Binti Zainol Abidin berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan menerusi Instagram Stories dan WhatsApp Stories miliknya.

Snapinsta.app 426387018 18416482006042699 6897762875637665599 n 1080

Antaranya kenyataan yang diberikan oleh Nazira adalah menyatakan bahawa Puteri Sarah ada mengambil dadah, dakwa Puteri Sarah seorang yang bodoh sombong, menyara seorang individu yang dikenali sebagai ‘Andy’ dan tidak bertanggungjawab serta suka aniaya orang lain khususnya pekerja.

Snapinsta.app 426168486 18416482015042699 338103430530585577 n 1080

Oleh itu, surat guaman tersebut dari pihak Puteri Sarah menuntut agar Nazira menarik semula keseluruhan kenyataan fitnah serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Snapinsta.app 426365915 18416482024042699 8900638551189963627 n 1080

Malah, Puteri Sarah juga menuntut sebanyak RM 1 juta secara berasingan sebagai ganti rugi dan kerosakan yang telah dilakukan.

Sumber : Instagram

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.