in

Didapati Bersalah Kerana Kes B*nuh, Abah Hayat Dibebaskan & Terlepas Tali Gantung

Syaz Ft 2024 10 16T165246.074

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banduan hayat merupakan mereka yang menerima hukuman penjara sepanjang hayat dan tiada tarikh bebas kecuali mereka mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

Terbaru, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang banduan hayat yang difahamkan terlibat dalam satu kes pembunuhan 23 tahun lalu akhirnya dibebaskan dari Penjara Pokok Sena, Kedah.


Artikel berkaitan: Dipenjara Dari 1983, Pak Jamil Hayat Banduan Seumur Hidup Kini Bebas

Artikel berkaitan: “Kalau Alif bagitau, korang akan tahu” – Netizen Syak Banduan Dalam Satu Program Alif Satar OKT Kes Zulfarhan?

Menurut laporan Kosmo!, Khairul Anuar Zakaria berusia 64 tahun menerusi akaun @abah.hayat.bkt.pinang menyifatkan tarikh 3 Oktober tersebut sebagai hari yang amat bersejarah dan bermakna dalam hidupnya.

Dia yang dikenali sebagai Abah Hayat dibebaskan daripada hukuman pemenjaraan sepanjang hayat atas kesalahan membunuh seorang individu yang dikerat lapan pada 4 Jun 2001.

@abah.hayat.bkt.pinang

3 okt 2024,merupakan Hari yg amat bersejarah dan bermakna dalam hidup Saya khairul anuar b Zakaria(abah.hayat.bkt.pinang).setelah DIBEBASKAN daripada hukuman kerana membunuh pada 4/6/2001(bunuh kerat 8).. 4/6/2001 -di Tahan reman. 21/9/2008 -di jatuhkan hukuman gantung Sampai mati(BA) MEI 2018-dapat pengampunan Tuanku sultan Kedah dan ditukarkan kepada hukuman Hayat.. 13/2/2024-dibawa ke makhamah tinggi alor setar kerana hukuman Hayat telah di mansuhkan dan digantikan dengan hukuman lama iaitu 35 TAHUN DARI tarikh di tangkap setelah di tolak pengampunan serta BERKELAKUAN BAIK,makanya Saya telah DIBEBASKAN pada tarikh 3-10-2024..ALLHAMDULILLAH..#fy #fypシ゚viral #penjara

♬ original sound – RitmaAtasPuisi – RitmaAtasPuisi

“Abah terbabit dalam satu kes pembunuhan potong lapan pada 4 Jun 2001. Pada pagi itu ditahan polis dan dibawa ke IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) di Alor Setar untuk tahanan dan soal siasat.

Selepas dua minggu atau 14 hari ditempatkan di IPK, telah dibawa ke Penjara Alor Setar untuk tahanan reman di sana. Abah kemudian telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan ditempatkan di blok banduan akhir di Penjara Pokok Sena,” tulisnya di kapsyen.

Difahamkan, selepas dipenjara selama 10 tahun, kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi ditolak.

Pada tahun 2012, dia sekali lagi ke Mahkamah Persekutuan buat rayuan kali kedua dan masih ditolak.

Abah Hayat kemudiannya dikekalkan sebagai banduan akhir sehingga bulan Mei 2018 di mana kesnya telah mendapat pengampunan daripada Tuanku Sultan Kedah.

Susulan itu, hukuman penjara sepanjang hayat tersebut digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001.

Dalam pada itu, Abah Hayat berkongsi bahawa dia akan meneruskan perkongsian tentang perjalanannya di dalam penjara serta rentetan kes berkenaan.

Sumber: Kosmo!, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.