in

Didakwa Tak Dapat Terima Perpisahan Dengan Bekas Kekasih, Lelaki ‘Hilang’ Di Sungai Kuantan

lelaki terjun sungai kuantan tak dapat terima putus cinta

Seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai terjun ke Sungai Kuantan daripada atas Jambatan Putra selepas membuat panggilan video dengan bekas teman wanitanya, pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuatan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah motosikal yang ditinggalkan dalam keadaan enjin masih hidup di atas jambatan sekitar jam 11 malam, lapor Kosmo!

“Berdasarkan siasatan, saksi terjumpa sebuah telefon bimbit di atas motosikal sedang membuat panggilan video dengan seorang perempuan.

“Saksi terus bercakap dengan perempuan tersebut yang memberitahu pemilik telefon bimbit mahu terjun ke sungai sebelum saksi terus menghubungi talian 999 untuk memaklumkan kejadian,” katanya.

Artikel berkaitan: “Dia alami tekanan” – Bekas Guru KAFA Diselamatkan Dari Terj*tuh Ke Dalam Sungai Kelantan

Artikel berkaitan: “Ada atas jambatan dah” – Pernah Mengalami Masalah Kesihatan Mental, Amir Jahari Dedah Pernah Cuba…

GlLGPDbbQAAUxqa

Menurutnya, susulan itu operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan bermula pukul 11.30 tengah malam dengan bantuan agensi penyelamat daerah Kuantan.

Katanya, Op mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pencarian dilakukan sepanjang Sungai Kuantan.

GlLGPHFaMAANmIQ

Menurut laporan, mangsa dipercayai nekad melakukan tindakan sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat putus cinta.

Difahamkan mangsa dengan teman wanitanya menjalinkan hubungan selama setahun sebelum putus pada Disember tahun lalu.

Sumber: Kosmo!