in

Didakwa Sedang ‘Berdating’ Di Rumah, Garosero Dedah Lagi Video Baru Kim Soo Hyun & Kim Sae Ron

kim soo hyun video baru sae ron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah melakukan pendedahan besar pada minggu lepas, Garosero Research Institute baru-baru ini memuat naik lagi sebuah video terbaru mendiang Kim Sae Ron bersama pelakon, Kim Soo Hyun yang didakwa di kediaman pelakon wanita itu.

Menerusi saluran Youtube Garosero, ‘pelakon lelaki termahal di Korea’ itu dilihat sedang berbual dengan mendiang dan menggosok-gosok belakang pelakon wanita itu yang sedang menggunakan alat urut.


Pihak Garosero juga memaklumkan bahawa mereka mengambil langkah berkenaan kerana agensi Soo Hyun iaitu Gold Medalist berulang kali menafikan dakwaan mengenai hubungan masa lampaunya dengan Sae Ron yang pada ketika itu masih di bawah umur.

Artikel berkaitan: Jenama Mewah Prada Tamatkan Kontrak Iklan Dengan Kim Soo Hyun Lepas Kontroversi

Artikel berkaitan: Kim Sae Ron Didakwa Hantar Mesej Merayu Pada Kim Soo Hyun, Luah Tak Mampu Bayar Hutang RM2.1 Juta

Mereka juga pada masa yang sama memberi amaran bahawa jika Kim Soo Hyun masih tidak membuat permohonan maaf kepada keluarga Kim Sae Ron, pihak mereka akan mengeluarkan lebih banyak video yang didakwa memaparkan wajah pelakon lelaki itu dengan lebih jelas lagi.

Kim Soo Hyun Prada 1741952497705 1741952531319

Sejak berita mengenai pendedahan hubungannya dengan mendiang, kebanyakan jenama fesyen mewah telah menamatkan kontrak mereka dengan Kim Soo Hyun dan termasuklah drama ‘Knock Off’ yang bakal ditayangkan di Disney+ yang ditunda tayangannya buat masa ini.

Apakah agaknya pengakhiran bagi skandal ini? 

Sumber: Allkpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.