Kalau korang pernah tonton filem Syurga Yang Tak Dirindukan dan Polis Evo 2, korang pasti kenal dengan pelakon Indonesia terkenal, Raline Shah.
Pun begitu, nama Raline semenjak dua menjak ini menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikatakan pernah berkahwin dengan seorang usahawan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Brian Amstrong.
Brian yang merupakan CEO syarikat Coinbase itu dikatakan pernah berkahwin dengan Raline dalam satu artikel yang berjudul ‘Who is Coinbase CEO Brian Armstrong? Net Worth, Career, Personal Life’ yang diterbit oleh sebuah portal yang berpangkalan di India pada tahun lepas.
Artikel berkaitan: “Apa saya boleh buat?” – Berpendirian ‘Neutral’ Dalam Isu Palestin, Netizen Kecam Raline Shah
Artikel berkaitan: “Lawa pun kena ‘game'” – Raline Shah Mengaku Pernah Kena Curang, ‘Stalk’ Ex Lepas Putus
Raline jawab tuduhan pernah berkahwin
Tidak mahu berita tidak benar terus tersebar, Raline menerusi posting di Instagram telah memuat naik gambarnya bersama Brian dan mengucapkan tahniah kepada usahawan itu yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
Raline berkata, dia menganggap Brian sebagai sahabat yang banyak berkongsi ilmu ketika dia tinggal di Amerika Syarikat.
View this post on Instagram
Tahniah buat sahabat saya dalam menempuh hidup baru. Sewaktu saya di Amerika, banyak ilmu saya dapat daripada kerja kerasnya dalam dunia teknologi.
“Ini merupakan pernikahan pertamanya dan Angela Meng,” tulisnya.
Brian juga dalam satu posting di X ada menegaskan statusnya yang masih bujang pada waktu itu sebelum berkahwin dengan Angela pada hujung minggu lalu.
Saya ternampak banyak maklumat salah tentang diri saya. Saya tidak pernah berkahwin sebelum ini. Terima kasih kerana menunjukkan minat terhadap saya,” katanya.
Raline Shah masih lagi single gais…