in

Didakwa Pernah Alami Kemurungan, Ini Kronologi Kes Jasad Cikgu Wanita Ditemui Reput Di Rumah

ft guru mereput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guru wanita yang ditemui mati dalam keadaan mereput di rumahnya sendiri yang terletak di Bandar Selesa Jaya, Johor Bahru dikatakan pernah mengalami kemurungan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, guru tersebut, mendiang Lo Kwan Fong, 39 yang tinggal bersendirian di rumahnya merupakan seorang anak tunggal dan dia kehilangan ibu bapanya beberapa tahun lalu.


Artikel berkaitan : Mayat Guru Wanita Ditemui R*put Dalam Rumah, Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia

Artikel berkaitan : Kes Tragis Guru Di Melaka, Ucapan Sempena Hari Ibu Undang Sebak Netizen

Katanya, kali terakhir mendiang hubungi pihak pengurusan sekolah ialah pada 26 September lalu bagi memaklumkan bahawa dia tidak hadir ke sekolah. Tambahnya, pihak sekolah ada hubungi guru tersebut tetapi gagal mendapat respon sejak 10 November tahun lalu.

“Pada 21 November dan 19 Disember 2024, guru besar mengemukakan surat tunjuk sebab atas ketidakhadiran bertugas sepanjang Oktober dan November 2024.”

“Pada 12 Mac, nombor telefon guru itu tidak dapat dihubungi. Pihak sekolah menggunakan kaedah lain bagi mengesan keberadaannya dengan menghubunginya menerusi surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan surat makluman cabutan daftar alamat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.”

Screenshot 2025 06 17 160314 1

Menurutnya, guru yang bertugas di sebuah sekolah di Taman Ungku Tunku Aminah didakwa tiada di kediamannya kerana banyak dokuman yang ditinggalkan di tingkap dan pintu rumah.

“Jiran mendakwa tidak melihat guru terbabit pulang ke rumah.”

Katanya, sejak penemuan jasad guru itu, ia masih berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Pihak sekolah dimaklumkan bahawa masih belum ada waris tampil menuntut jasad. Mendiang dipercayai pernah mengalami kemurungan, namun tiada dokumen pembuktian daripada pihak hospital berkaitan perkara itu.”

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, jiran mendiang tampil membuat laporan, 8 malam di Balai Polis Nusa Bestari, Khamis lalu. Siasatan awal mendapati bahawa mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.