in

Didakwa Mengganggu Ketenteraman Awam, Netizen Buat Aduan Terhadap Perniagaan Piza Jofliam

perniagaan piza jofliam kena adu MPAJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Jofliam sekali lagi menjadi kritikan ramai apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan cara dia mengendalikan perniagaan pizanya.

Menerusi satu hantaran di Thread, beberapa individu meluahkan rasa kesal dengan perniagaan piza Jofliam yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam dengan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan pengguna jalan raya.


jofliam 1 1024x1024 1

Artikel berkaitan: Sifatkan Wanita Bersalin Ambil Epidural Sebagai Guna ‘Cheatcode’, Kenyataan Jofliam Cetus Kemarahan Ramai Kaum Ibu

Artikel berkaitan: “Perniagaan 100% cash” – Jualan Cecah RM600K Sebulan, Cik Epal Gesa LHDN Siasat Perniagaan Piza Jofliam

Perniagaan didakwa tak ada lesen, pekerja tiada suntikan typhoid? 

Susulan itu, beberapa laporan telah dibuat secara atas talian kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mana para pengadu juga mendakwa beberapa perkara mengenai perniagaan pempengaruh ini yang agak mengejutkan.

491507747 17891076372233213 4521423729080928696 n

Menurut balasan di Thread, pengguna media sosial mendakwa perniagaan piza tersebut tidak mempunyai lesen yang sah dan ada di kalangan pekerja dikatakan tidak mendapat suntikan typhoid yang mana wajib bagi pengendali makanan.

typhoid

repry

491460879 17868659592358319 3053161238027775898 n

Saya faham semua orang nak berniaga tetapi ikutlah undang-undang sama. Janganlah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain dengan membenarkan pembeli park kereta di bahu jalan atau di tengah-tengah jalan raya. 

“Tolong bertimbang rasa sama. Yang nak membeli pun, parking kereta pun ikutlah undang-undang,” luah penduduk kawasan tersebut.

Dalam pada itu, ada di kalangan netizen berharap tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak MPAJ berhubung isu ini dan semoga kejadian seperti ini tidak lagi berulang.

Apa-apapun kita tunggu penjelasan dari pihak Jofliam pula berhubung isu ini. Susah juga kalau sampai ganggu orang sekeliling ni. 

Sumber: Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.