in

Didakwa Dibuli & Didera Bapa Sendiri, Ini Kronologi Penuh Kisah Adik Maisarah…

maisarah hak penjagaan anak 1

Selain pasangan suami isteri, anak antara individu yang turut sama terkesan akibat daripada perceraian.

Siapakah yang layak dapat hak penjagaan anak? Anak pula tidak diberikan hak untuk memilih tinggal dengan ibu atau bapa.

Kanak-kanak menangis terpaksa berpisah dengan ibu

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video seorang kanak-kanak menangis teresak-esak berpelukan dengan ibunya sambil diperhatikan oleh pegawai polis wanita selepas selesai prosiding mahkamah berkaitan hak jagaan.

Menurut laporan Majoriti, Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang telah memutuskan hak penjagaan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu yang dikenali sebagai Maisarah kepada bapanya.

Pasangan Orang Asli itu telah berpisah sebelum si ibu yang dikenali sebagai Aisyah bersama anak perempuannya membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yuseri Yusoff (@yuseriyusoff)

Bapa didakwa zalimi anak ketika di bawah jagaannya

Namun, Maisarah dikatakan telah didera, dibuli serta dipaksa minum arak ketika di bawah jagaan bapanya yang belum memeluk Islam serta dikatakan bersekedudukan dengan wanita lain.

Susulan perlakuan kejam itu, ibunya bertindak melarikan anaknya ke Kuala Terengganu, namun situasi itu tidak berpanjangan apabila bekas suaminya memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan selain turut dibantu beberapa NGO yang menyediakan peguam dari firma terkemuka.

Sementara Aisyah hanya berkemampuan memohon bantuan pada Biro Bantuan Guaman untuk membantunya di mahkamah.

Mahkamah enggan mendengar permohonan peguam Aisyah

Laporan sama mengatakan bahawa pihak mahkamah pada Khamis (25 Mei), enggan mendengar permohonan dari peguam pihak ibunya dan memerintahkan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya menerusi perintah ‘Habeas Corpus’.

Susulan video tersebut, tanda pagar #SelamatkanMaisarah tular di media sosial yang mana orang ramai mendesak agar keadilan ditegakkan.

Difahamkan, Aisyah telah membuat laporan polis tentang pengabaian terhadap Maisarah oleh bapanya.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, lapor Malaysia Gazette.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pahang menzahirkan keprihatinan dan sedia membantu Maisarah yang menjadi mangsa perebutan hak jagaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan sama ada dari aspek pendidikan, agama mahupun kebajikan kanak-kanak itu.

Semoga kes dapat diselesaikan dengan adil, kita doakan yang baik-baik.

Baca: Kayla Unbehaun: Kanak-kanak Diculik Ketika Usia 9 Tahun Ditemui Selamat Lepas Ceritanya Keluar Netflix
collage 15