Tidak keterlaluan dikatakan, semua pasangan yang bakal berkahwin akan merasai cabaran dan dugaan sebelum ke fasa seterusnya.
Setiap pasangan juga pastinya sudah ada perancangan bajet tersendiri namun disebabkan campur tangan keluarga, habis musnah segalanya.
Satu kejadian yang berlaku di Nusa Tenggara Timur, Indonesia, seorang askar ditemukan maut dipercayai menamatkan nyawanya sendiri setelah didakwa tertekan dengan permintaan hantaran kahwin yang tinggi oleh bakal mentua.
Sempat luah kepada rakan tentang hantaran tinggi
Menurut laporan, askar bernama Andi Tambaru, 24, dikatakan sempat bertemu dua rakannya di lokasi berbeza untuk berkongsi masalah tersebut.
“Dia kecewa kerana hanya mempunyai 40 juta rupiah (RM11,000) sedangkan mahar yang diminta mentuanya adalah 250 juta rupiah (RM69,000).”
Andi kemudiannya menuju ke sebuah lokasi berhampiran Bandara DC Saudale Rote, Kabupaten Rote Ndao yang terdapat sebatang pokok asam di mana dia mengambil keputusan tersebut.
Mayatnya ditemukan oleh petugas bandara yang sedang melakukan rondaan dan dimaklumkan kepada pegawai atasannya.
Menurut pihak berkuasa, tubuh mangsa tidak memiliki sebarang kesan dikasari dan menyatakan motif asmara sebagai punca dia berbuat demikian.
Mangsa sempat hantar mesej kepada kekasih
Mangsa sempat menitipkan mesej terakhir kepada kekasihnya sebelum bertindak sedemikian. Kekasihnya cuba menghubungi semula, namun panggilan tidak diangkat.
“Tolong cari lokasi saya di iCloud, sayang. Saya sayang awak. Jangan lupa mama dan ayah di Rote.”
Keluarga pihak perempuan nafi jadi punca
Susulan tular kes itu, ahli keluarga pihak perempuan nafi menjadi punca Andi melakukan tindakan sedemikian.
Katanya, pihak keluarga perempuan belum pernah berbincang ataupun meminta hantaran setinggi itu.
Difahamkan, pihak perempuan didakwa sedang hamil dan keluarga meminta mereka menyediakan dokumen untuk menguruskan pernikahan secara rasmi sebelum kejadian berlaku.
Sumber: Tribun News, X