in

“Dibuat orang karena yang bersangkutan muntah darah” – Pesakit Covid-19 Jumpa Dukun Sebelum Meninggal Dunia

Dukuncovid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak tahu lah nak bagi reaksi macam mana risau ada, sedih ada, marah pun ada. 


Seorang pengasuh dari negara jiran ini meninggal dunia kerana ‘lambat’ bertindak. Menerusi Tribunnews, ketika mangsa mula rasa sakit, dia tak pergi ke pusat perubatan, tapi dia pergi jumpa ‘orang pandai berubat’

 

Dukun kata kena santau

Ilustrasi Rsup Sanglah Denpasar Bali Menggelar Simulasi Terkait Penanganan Virus Corona

Pengasuh yang berasal dari Jawa Timur ini bekerja di Jakarta, dia mula rasa tak sihat selama seminggu. Ketika mendapatkan rawatan di klinik terdekat, dia didapati demam berdarah.

Disebabkan itu majikan dia hantar balik kampung dengan menggunakan kereta peribadi. Apabila sampai kampung halaman, mangsa langsung tak ke klinik atau hospital.

Lepas 3 hari, badannya mula rasa lemah, hilang selera makan dan susah untuk diajak berkomunikasi.

Bimbang dengan apa yang menimpa, keluarga mangsa bawa pergi ‘berubat’ dengan dukun.  Semasa sedang diubati, dukun tu kata dia terkena santau orang, kerana mangsa muntah darah bukan jangkit Covid-19.

Walaubagaimanapun, keluarganya pun terus bawa mangsa ke hospital, dia menjalani pemeriksaan kerana dia baru sahaja pulang dari tempat zon merah Covid-19 di negara tersebut.

Di hospital mangsa muntah darah semula, berikutan dengan itulah keadaan kesihatan mangsa semakin merundum dan akhirnya meninggal dunia.

Jenazah mangsa dikebumikan di pemakaman umum desa setempat dengan SOP pengebumian jenazah coronavirus.

Ketika mangsa sedang mendapatkan rawatan, pada hari tersebut juga rumah keluarga mangsa dilakukan pembasmian kuman.

Oleh sebab itu jugalah, keluarga mangsa yang merupakan kontak terdekat diminta untuk mengkuarantinkan diri di rumah.

Kata ketua kawasan Tarnu Ashidiq, keluarga mangsa kini dalam keadaan sihat. Tambahnya lagi dia rasa terkilan dengan sikap majikan yang sepatutnya harus bawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital sehingga sembuh, bukan dibawa pulang.

Aduhai, ini pula yang terjadi, kalaulah majikan dia tu sempat bertindak mungkin dapat dibendung, dukun tu haraplah elok dapat berubat diri cegah coronavirus ni ye.

 

Baca : “Selagi takde vaksin memang payah” – 51 Bekas Pesakit Covid-19 Di Korea Selatan Kembali Positif, Virus Boleh Aktif Balik

Aktig

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.