in

Dibedil Ketika Sedang Tidur, Netizen Sebak Tengok Reaksi Budak Palestin Menggigil Trauma

Kanak Kanak Palestin Trauma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain golongan wanita dan warga emas, kanak-kanak antara golongan yang paling terkesan apabila berlakunya peperangan.

Siri serangan udara yang meletus di Gaza, Palestin pada ketika ini jelas membawa kesan buruk kepada kanak-kanak yang mendiami daerah itu.


Paling menyedihkan, tular satu video memaparkan seorang budak lelaki kelihatan trauma selepas kawasan rumahnya dibedil rejim zionis Israel.

Artikel berkaitan: “I’m not afraid to lose job” – Pengakuan ‘Berani’ Bella Hadid Sokong Palestin Buat Ramai Kagum 

Artikel berkaitan: “Apa dosa kami?” – Wawancara 2 Kanak-Kanak Palestin Cetus Sebak, Kongsi Keperitan Hidup Tanpa Ayah

Sedang nyenyak tidur, tiba-tiba letupan berlaku 

Menurut perkongsian di X, seorang doktor dilihat sedang berbicara dengan kanak-kanak lelaki itu bertanyakan tentang apa yang telah berlaku.

Kanak-kanak yang jelas kelihatan menggigil dan trauma itu memberitahu bahawa dia sedang tidur apabila tiba-tiba kawasan tempat tinggal dibedil tanpa belas kasihan.

Bila ditanya apakah dia takut dengan kejadian itu, kanak-kanak itu mengangguk dan mengiyakan pertanyaan itu.

Doktor tersebut kemudian memujuk kanak-kanak itu dengan berkata semuanya sudah berakhir dan dia kini selamat.

Keadaan bertukar sebak apabila kanak-kanak itu mula mengalirkan air mata apabila dia dipeluk erat oleh doktor berkenaan. Dia juga difahamkan sedang mencari ahli keluarganya yang hilang ketika kejadian itu berlaku. Allahu kesiannya… 

“Mungkin dunia ni bukan untuk awak, tapi Allah dah siapkan syurga buat awak” 

Rata-rata yang melihat video ini merasa sangat terkesan dengan emosi yang ditonjolkan kanak-kanak berkenaan.

Netizen juga beranggapan kanak-kanak itu juga seakan-akan menahan kesedihannya, walhal dia masih terlalu kecil untuk melakukan perkara seperti itu.

Kanak Kanak Palestin

Semoga Allah terus memberi kekuatan buat mereka yang di Palestin sana. 

Sumber: X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.