in

Diana Danielle Didakwa Failkan Permohonan Cerai

diana danielle permohonan cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon terkenal tempatan Diana Danielle difahamkan telah memohon cerai terhadap suaminya yang juga pelakon ternama, Farid Kamil.

Menurut laporan Utusan Malaysia pelakon filem Imaginur itu telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.


cats 41

Difahamkan, permohonan tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pagi tadi, bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Selain itu, didakwa pasangan tersebut tidak lagi tinggal serumah dan Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Baca: “Setiap tahun ada saka masuk minta dilepaskan” – Farid Kamil Luah Kekecewaan Dekat Siapa?

Collage 4

Sumber: murai.my

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.