in

“Diam tu lebih baik” – [VIDEO] Fazura Ulas Sikap Netizen Suka Buat Andaian Kes Suami Kelar Isteri

Page Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, semakin hangat di media sosial dengan berita-berita tragis yang berlaku di negara kita. Malah, sampai ke hari ini, kisah suami mengelar isteri dan anaknya yang baru berusia kira-kira 2 bulan itu masih menjadi bualan netizen.

Sememangnya kes tragis sekeluarga itu mengejutkan orang ramai sehingga mendapat pelbagai respon yang dikongsikan oleh warganet di akaun media sosial mereka sendiri.


Tak terkecuali dengan orang awam, pelakon terkenal yang juga isteri kepada Fattah Amin iaitu Fazura turut memberikan pandangannya sendiri berkenaan dengan isu tersebut di akaun TikToknya @fazuraofficial.

@fazuraofficial

Banyak incident hari ni, some food for thoughts. #kitataktahu #wecouldbewrong #sayyourprayers💛

♬ original sound – Nur Fazura

“Kita memang tak tahu apa-apa. Baik diam je”

Dari video yang berdurasi 57 saat itu, Fazura menegaskan supaya orang ramai tak terus buat andaian sendiri tanpa mengetahui hal sebenar tentang isu-isu yang berlaku sehingga tular di media sosial.

“So many things online yang kadang-kadang Faz terbaca and kita act like we know everything. Padahal apa saja yang berlaku dalam dalam kehidupan seseorang tu, kita tak tahu apa-apa pun.” – Ujar Fazura

Perkongsian Fazura itu turut mendapat komen-komen positif dari pengguna TikTok yang lain kerana mereka bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh pelakon filem Pisau Cukur tersebut. Simple, tapi padat dengan info…

Komen Full 3

Fazura juga tak ketinggalan memberi nasihat bahawa mendiamkan diri itu lebih baik dari membuat spekulasi yang belum tahu lagi sejauh mana kebenarannya kerana apa yang mereka lihat di media sosial mungkin tak sama dengan apa yang dialami.

Tu lah… Min sendiri rasa ralat banyak sangat kes-kes kejam kebelakangan ni. Hmmm…

Baca: “Dia sebaik-baik manusia” – Jiran Dakwa Suspek Kelar Isteri Sempat Belanja Orang Kampung Sarapan

Untitled 1 5

Sumber: TIkTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.