Tak dapat dinafikan, pengalaman bersalin ni antara momen yang susah untuk dilupakan bagi setiap ibu-ibu di luar sana kan? Ada yang bersalin dalam kereta lah, ada yang terawal dari due date lah… Memang gelabah time tu haa…
Selalunya kalau kita tanya ibu-ibu, mesti diorang akan cakap masa alami ‘contraction’ sebelum nak bersalin tu lah yang sebenarnya buatkan ramai ingat pengalaman masing-masing. Ada yang makan masa baru hilang rasa sakit tu.
Macam satu perkongsian di TikTok menerusi akaun @hairihussain ni, dia memang boleh dikatakan suami mithali lah! Bukan main lagi gigih teman isteri nak bersalin…
@hairihussain Semoga dipermudahkan urusan bersalin isteriku. Semoga Allah selamatkan awk dan anak kita ❤️ #fy #fyp #fypシ #labourandbirth
“Dalam banyak, banyak….”
Tak seperti suami lain yang bagi kata-kata semangat, lelaki ini sebaliknya memberikan teka-teki sebagai tanda untuk menenangkan isterinya yang sedang mengalami ‘contraction’. Dek kerana terlampau sakit, sedas je isteri bagi jawapan!
“Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak?” – Ujar si suami
“Ishhh, diamlah!” – Balas si isteri
Perkongsian itu buatkan ramai terhibur kerana cara lelaki ini menenangkan isterinya memang another level. Bukan itu je, ada juga yang bergurau dengan mengatakan mungkin anak mereka nanti akan mewarisi sifat kelakar ayahnya. Amboi….
Haih, macam-macam lah korang ni. Hahaha… Apa-apa pun, min nak ucapkan tahniah untuk korang berdua ya sebab selamat timang cahaya mata!
Baca: Kerajaan Luluskan Lanjutan Tempoh Cuti Bersalin Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari