in

“Dia usahakan laptop untuk pelajar tu” – Isu Pensyarah Hina Pelajar, Rupanya Ada ‘Plot Twist’?

plot twist kisah roshana takim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh semalam di media sosial memperkatakan mengenai isu video tular memaparkan seorang pensyarah yang didakwa telah menghina pelajarnya gara-gara tidak menggunakan laptop untuk menghadiri kelas online.

Pelbagai kisah timbul sehinggakan isu tersebut menjadi perhatian menteri tidak kurang juga pihak IPTA yang perlu menjelaskan isu sebenar demi menjernihkan keadaan setelah pensyarah terbabit menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen.


 

“Student dah grad, video ni last year” 

Pun begitu, menerusi satu perkongsian di Facebook, tular satu posting yang didakwa menceritakan ‘hal sebenar’ yang berlaku di antara pensyarah dan pelajar berkenaan. Ada plot twist ke?

Menurut individu bernama Dato Rusly Abdullah, video berkenaan katanya telah dirakam pada tahun lepas dan pelajar tersebut juga telahpun tamat pengajian.

Tambahnya lagi, pensyarah yang terlibat itu juga telah usahakan laptop buat student tersebut sehingga dia berjaya bergraduasi.

277465921 515433663284456 6991913065600930203 n

 

“Jika kita mengambil dari sudut positif sebenarnya pensyarah itu memberi nasihat”

Malah seorang lagi individu yang juga merupakan pengamal perubatan, Ahmad Zakimi Abdullah menerusi postingnya menjelaskan hal yang serupa setelah dia menyiasat sendiri apa yang berlaku di sebalik isu tersebut.

Ahmad Zakimi memberitahu yang dia telah ‘mencari’ pelajar berkenaan dengan membuat hantaran di Facebook dan Twitter sebelum menerima maklumat dari private message yang mengatakan video terbabit merupakan video tahun lepas dan disebarkan rakan pelajar berkenaan.

Jika kita mengambil dari sudut positif sebenarnya pensyarah itu memberi nasihat seperti seorang ibu-ibu kepada seorang anak-anak.

“Kita lupakan kata-katanya yang dianggap ‘penghinaan’ tentang B40 atau sebagainya. Saya juga bukan orang senang dan saya faham perasaan itu.

“Memang sedikit kasar namun saya percaya itu hanya bebelan ibu nenek kita supaya kita lebih ada jati diri,” katanya.

https://www.facebook.com/100000129477799/posts/5580344361979824/?d=n

 

Selain daripada posting tersebut, ada juga di kalangan bekas pelajar pensyarah berkenaan tampil menceritakan pengalaman mereka yang mana meskipun pensyarah tersebut seorang yang garang namun mereka tetap ‘score’ dalam subjek yang diajar.

277000206 1647708698907229 7782926598250517175 n

Harapnya isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik antara dua pihak dan tiada lagi kecaman atau cemuhan dilemparkan sama ada terhadap pelajar ataupun pensyarah tersebut. 

Baca: UiTM Keluar Kenyataan Rasmi, Bakal Ambil Tindakan Tegas Atas Isu Pensyarah Hina Pelajar

collage 73

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.