Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila jenazah seorang bayi dibekukan oleh sebuah hospital bersalin swasta.
Tindakan hospital itu berbuat demikian mendatangkan pelbagai kecaman daripada netizen sehingga ada yang mengatakan hospital itu tidak berperikemanusiaan.
Hospital tersebut kemudiannya diketahui sebagai Hospital Bersalin Razif yang terletak di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
Aritkel berkaitan: Kes Jenazah Bayi Dibekukan 2 Minggu, Kerajaan Selangor Kecam Tindakan Hospital Swasta
Artikel berkaitan: “Dah lahirkan anak c*cat, tak reti uruskan?” – Ayah Cerita Kronologi Jenazah Bayi Dibekukan
Dalam sebuah kenyataan di Facebook, hospital itu menerangkan cerita dari sudut mereka berkenaan isu yang tular itu.
“Pesakit ini mendakwa ini merupakan kandungan pertamanya dan dia datang ke HBR dalam keadaan hendak bersalin.
Dia tidak pernah mendapat sebarang pemeriksaan antenatal sepanjang mengandung dan hanya memantau kandungan menggunakan aplikasi.
Dia (pesakit) dibawa ke hospital itu oleh ‘suaminya’ (yang kemudiannya diberitahu mereka tidak berkahwin),” tulisnya.
HBR kemudiannya berkata pihaknya masih mengambil pesakit itu atas dasar kemanusiaan meskipun kandungannya tidak diperiksa dan tiada sebarang booking dibuat.
Wanita itu kemudiannya melahirkan bayi yang tidak sempurna dan difahamkan mengalami sindrom Cyclopcia yang amat jarang berlaku di mana dia hanya mempunyai satu mata dan biasanya hanya bertahan 10-12 jam.
“Doktor kemudiannya menjelaskan keadaan bayi itu kepada ‘bapanya’ dan meminta untuk melaungkan azan kepada bayi itu.
Suntikan rutin diberikan kepada bayi itu, bagaimanapun bayi itu bertukar biru dan meninggal beberapa minit selepas itu.
Permit pengebumian ditandatangan dan doktor telah memberitahu si ‘suami’ untuk menguruskan pengebumian bayi itu, si ‘suami’ bagaimanapun meninggalkan hospital itu kerana perlu ke tempat lain,” tulisnya lagi.
Menurut kenyataan itu, wanita tersebut dibenarkan untuk discaj dari hospital tersebut keesokan harinya namun dia berkata dia tidak mampu untuk melangsaikan bil bernilai RM2,480, pihak hospital bagaimanapun meminta pesakit itu menyelesaikan urusan pengebumian terlebih dahulu sebelum membayar bil tetapi wanita itu hanya menunggu ‘suaminya’.
HBR hanya menunggu untuk pesakit itu dan ‘suaminya’ untuk mengambil bayi tersebut dan mereka tidak berbuat demikian.
Malah, pihak HBR berkata mereka terus menunggu untuk hal pengebumian bayi itu dan wanita itu pula masih di hospital berkenaan diberikan khidmat kaunseling serta makanan percuma. Dia juga dikatakan beramah mesra dengan pekerja di hospital itu.
“‘Suaminya’ itu hanya melawatnya beberapa minit dalam 2 ke 3 hari, pihak hospital cuba untuk menghubunginya berkenaan pengembumian namun gagal.
HBR kemudiannya ingin berbincang isu ini dengan melibatkan pihak polis namun pesakit itu merayu untuk tidak berbuat demikian.
Dia (pesakit) hanya berkata ‘suaminya’ akan uruskan segalanya, HBR juga cuba untuk menghubungi keluarga pesakit itu tetapi dia enggan memberikannya,” tulis kenyataan itu lagi.
Wanita itu juga berkata dia hanya menyewa bilik dengan ‘suaminya’ dan tidak mempunyai keluarga yang tinggal berdekatan.
HBR menegaskan pihaknya akan kekal komited terhadap ketelusan dan pematuhan dalam semua urusan mereka.
Sumber: Facebook