Baru-baru ini, tular di TikTok apabila seorang artis lelaki Malaysia didakwa telah menghamilkan seorang wanita dan memaksa wanita tersebut untuk menggugurkan kandungannya itu.
Dalam perkongsian oleh seorang pengguna TikTok @shrimpippy8621p itu, wanita berkenaan mendedahkan artis tersebut menghilangkan diri dan cuba untuk lari apabila disuruh bertanggungjawab atas kandungan itu.
https://www.tiktok.com/@shrimpippy8621p/video/7240748222153559297?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378
Lebih mengeruhkan keadaan, wanita tersebut berkata dia cuba untuk menghubungi keluarga lelaki berkenaan bagi menyelesaikan isu ini sebaliknya dia diabaikan serta disuruh untuk move on.
“Dulu dia tak nak libatkan parents, dia paksa saya untuk gugurkan sebab taknak parents dia tahu.
Apa bezanya sekarang apabila orang tuanya sudah tahu dan tidak mengambil tindakan?
Lebih baik saya simpan bayi tak bersalah itu, sekarang saya dalam dilema dan trauma, tiada tempat bergantung,” luahnya.
Dalam videonya yang lain, wanita tersebut memberitahu dia bukan orang Malaysia dan ibunya cuba menghubungi ibu artis berkenaan namun diabaikan sahaja, dia turut memberitahu artis itu merupakan dari golongan yang berada serta ternama.
Wanita itu hanya mengharapkan sesiapa dapat membantunya dan mengesyorkan langkah yang patut diambil, dia turut berkata dia sanggup untuk datang ke Malaysia untuk membuat laporan.
https://www.tiktok.com/@shrimpippy8621p/video/7241755681689242881?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378
Ada juga video yang memaparkan tangkap layar wanita tersebut dengan ibu artis berkenaan, namun ibunya itu hanya memberikan ‘ceramah’ kepadanya.
Wanita itu turut berkata dia bukanlah ingin mencari perhatian namun dia hanya mahu keadilan ditegakkan dan jauh sekali ingin menabur fitnah.
Berat tuduhan ni, harap dapat selesai cara baik…
Baca: “Gaduh tak baik-baik” – Peguam Syarie Jelaskan Maksud Syiqaq Dalam Kes Penceraian Artis