in

“Dia takkan jumpa orang sehebat saya” – DSV Dakwa Iqbal Nak Tumpang Populariti Inspektor Sheila?

iqbal vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harap-harap bukanlah cinta tiga segi! 

Beberapa hari ini, kecoh diperkatakan mengenai kenyataan Iqbal Zulkifli yang dikatakan ‘berkenan’ dengan pegawai polis penuh kontroversi, Inspektor Sheila yang difahamkan dalam proses mencari jodoh.


Susulan isu berkenaan tular, ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya reaksi bekas kekasih Iqbal, Datuk Seri Vida (DSV) berkenaan hal tersebut, kan?

“Dia tak akan jumpa orang sehebat saya” 

Menurut mStar, DSV atau nama sebenarnya Hazmiza Othman, 52, memberitahu bahawa beliau tidak ada sekelumit rasa cemburu pun terhadap Iqbal selepas lelaki berkenaan meluahkan hasrat ingin mengenali inspektor polis itu dengan lebih dekat.

Namun katanya lagi, bekas kekasihnya itu tidak akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik berbanding dirinya.

Dia tak akan jumpa orang sehebat saya. Sheila belum cukup miliki kriteria seperti saya… hanya Iqbal sahaja tahu kelebihan saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

DSV juga pada masa sama mendakwa Iqbal hanya mahu menumpang populariti Inspektor Sheila memandangkan kisah pegawai polis itu sedang tular kini.

Iqbal tu ‘mat celah’, asyik tumpang populariti orang. Dia dah sendu! Cuba berdiri atas kaki sendiri. 

“Saya kenal Iqbal dan hubungan mereka tidak akan menjadi tapi saya harap dia tak mainkan hati mana-mana perempuan,” katanya lagi.

iqbal 1630143256

Dalam pada itu, DSV juga menjelaskan yang dia sudah lama tidak bertemu dengan Iqbal disebabkan perselisihan faham yang belum selesai. Malah mereka juga tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dan tidak akan berbaik sampai bila-bila.

Baguslah DSV pun dah move on dengan kisah cinta lama. Semoga berbahagia dengan anak-anak. 

Baca: “Tiada peluang untuk saya?” – Inspektor Sheila Cari Lelaki Kurus & Pandai English, Ini Respon Iqbal

iqbal berkenan dengan sheila kena reject

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.