• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Dia tak sakit…” – Anak Ada ‘Motor Tick’, Che Nom Kena Halau Dari Kafe Di Switzerland

by Syaziyah Sharif December 4, 2025, 11:26 am

ShareTweet
Syaz Ft 2025 12 04T111618.481

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti media sosial dan pempengaruh masakan terkenal, Che Nom, berdepan detik kurang menyenangkan ketika bercuti di Lauterbrunnen, Switzerland.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar, 43, memaklumkan bahawa dia dan keluarganya telah dihalau keluar dari sebuah kafe berhampiran stesen kereta api di kawasan itu. Kejadian dikatakan berlaku selepas pemilik premis tersalah faham mengenai keadaan anaknya yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD).


Artikel berkaitan: “Dunia influencer bukan jalan pintas cari duit” – Che Nom Umum Berhenti Dari Dunia ‘Influencer Marketing’, Kongsi Nasihat Buat Anak Muda

Artikel berkaitan: Che Nom Luah Rasa Terkilan, Dedah Tindakan Anak Saudara Yang Diambil Bekerja Seakan ‘Tikam Dari Belakang’

Che Nom menceritakan mereka singgah di sebuah kafe kecil berhampiran stesen kereta api untuk berehat sambil menikmati minuman panas apabila anaknya tiba-tiba membuat motor tick bunyi seakan batuk ringan, sesuatu yang normal bagi anaknya.

“You’re sick. You’re spreading virus. Please leave,” kata pemilik kafe itu secara mengejut.

Che Nom berkata dia terkedu dan cuba menjelaskan bahawa anaknya tidak sakit sebaliknya ia hanyalah motor tick namun pemilik kafe itu tetap meminta mereka sekeluarga beredar. Anaknya pula kelihatan bingung kerana tidak memahami mengapa mereka dihalau.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang, mereka akhirnya memilih untuk meninggalkan kafe tersebut secara tenang.

Che Nom turut berkongsi bahawa dia pernah menerima mesej daripada seorang pengikut yang mendakwa mengalami pengalaman sama di premis tersebut, selain mendakwa pemilik berkenaan memang mempunyai layanan kurang mesra terhadap pelanggan.

Katanya, situasi itu tidak hanya berlaku kepada keluarganya dan ada pelanggan lain yang pernah berdepan sikap serupa daripada pemilik kafe tersebut.

Tambahnya, meskipun Switzerland indah, ada masanya sikap orang tempatan yang terlalu ‘direct’ boleh menimbulkan rasa janggal.

Che Nom menutup perkongsian dengan menyatakan perkara paling penting adalah kebahagiaan anaknya, dan mereka meneruskan perjalanan mencari kafe yang lebih mesra.

Sumber: Facebook

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Kebakaran Hutan Kalimantan Upacara Perasmian

    “Ingat ni acara tahunan ke?” – Netizen Hairan Misi Pemadaman Kebakaran Hutan Di Kalimantan Dibuat Majlis Perasmian

  • Syaz Ft 2026 09 01T170202.338

    “Cemarkan imej negara” – Dr Zulkifli Hasan Bersuara Isu Transgender Sertai Pertandingan Ratu Cantik

  • Elisya Sandha Drama Lgbt

    “A story is more than just a story” – Elisya Sandha Tampil Bersuara Isu Drama Didakwa Ada Unsur L*BT

  • Syaz Ft 2026 09 01T162034.160

    “Saya pun stuck!” – Khairul Aming Mohon Maaf, Luah Sukar Tangani Isu Ulat ‘Booking’ Rembayung

  • Owner Secangkir Cafe Kemalangan Lpt1

    Mangsa Nahas LPT1 ‘Owner’ Secangkir Cafe, Gambar Sekeluarga Sambut Merdeka Di Putrajaya Undang Sebak

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 1

    BSN Raikan Hari Kebangsaan Ke-69 Menerusi Kempen ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’

  • Islamic Tourism Month

    Nak Cari Percutian Mesra Muslim? Islamic Tourism Month 2026 Tampil Dengan Lebih Banyak Tawaran

  • Collage 15

    KDN Sambut Saranan YAB Perdana Menteri Perkasa Keterbukaan Industri Perfileman, Tapisan Kekal Seimbang Demi Kepentingan Dan Keselamatan Negara

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Elisya Sandha Drama Lgbt

    “A story is more than just a story” – Elisya Sandha Tampil Bersuara Isu Drama Didakwa Ada Unsur L*BT

  • Ft Dolla Syasya Rizal

    “Saya jumpa sahaja dengan mereka” – Syasya Rizal Sangkal Dakwaan Bergaduh Dengan Dolla

  • Ft Ayda Jebat

    “Kenangan manis buat saya” – Ayda Jebat Terima Anugerah Bintang Cemerlang Melaka

  • Syaz Ft 2026 08 26T130758.499

    “Saya memang kena rasuk” – Nadia Brian Dedah Kejadian Menyeramkan Di Set Penggambaran

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube