in

“Dia sebaik-baik manusia” – Jiran Dakwa Suspek Kelar Isteri Sempat Belanja Orang Kampung Sarapan

Ft Jiran Trauma Tengok Lelaki Kelar Isteri

Disebabkan kejadian bunuh wanita dan bayinya yang berlaku semalam, jiran mangsa jadi trauma kerana menyaksikan dua beranak itu berlumuran darah selepas dikelar suaminya.

Rosiamawati Ramli, 36 mengatakan bahawa insiden tragis itu sangat mengerikan sampaikan dia tak sanggup melihatnya dari dekat selain takut suspek akan kembali selepas tinggalkan dua beranak itu.

 

Jiran tak berani dekat, takut suspek datang balik

Menerusi Sinar Harian, difahamkan sejurus melihat mangsa berdua itu berlumuran darah, suspek yang berusia 24 tahun terus lari dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel sebelum tular di media sosial sepertimana yang dipertontonkan umum.

Screenshot 2022 07 04 185245

“Saya pandang rumah suspek dari atas nampak isteri dan bayinya sudah terbaring depan rumah mereka berlumuran darah. Suspek ada pegang sesuatu, tapi saya tidak dapat lihat dengan jelas kerana tidak memakai kaca mata ketika itu.”

“Selepas saya nampak suspek berbogel menaiki motosikal dan meninggalkan rumahnya, saya terus hubungi ibu suspek yang berniaga agar segera pulang ke rumah.”

“Memang terkejut dan terketar-ketar tangan hendak tekan nombor telefon ibu suspek.”

Suspek bagaimanapun telah berjaya ditahan polis sekitar jam 2.45 petang dalam keadaan berbogel di Permas Jaya. Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah sewaktu suspek ditahan.

 

Dia sebaik-baik manusia – Jiran

Dalam pada itu, Rosiamawati yang juga seorang peniaga sarapan pagi turut mengatakan suspek ini seorang yang baik dan tak sangka tergamak membunuh isterinya yang baru sahaja habis pantang.  Malah, katanya lelaki itu individu tidak pernah buat masalah.

“Suspek seorang yang sangat baik, malah pagi semalam suspek sempat belanja budak-budak yang bersarapan pagi di warung saya. Dia memang sebaik-baik manusia, tidak pernah kacau orang. Jika bertembung juga sering angkat tangan dan bertegur sapa.”

Jhr Kes Bunuh014

Dalam pada itu, jiran lain, Hairi Hanapiah, 53, turut mengakui tidak mempunyai masalah dalam pergaulan.

“Saya ada berbual dengan bapa suspek, bapanya cakap suspek juga tidak menunjukkan perubahan ketika mereka sekeluarga makan malam tadi.

“Memang terkejut la sebab kita hari-hari lalu kawasan ini, memang kenal sekampung.”

Baca : Kes Kelar Isteri & Anak: Bapa Mertua Syak Menantu Ada Masalah Di Tempat Kerja

Page Kelar 1