Sangat menyayat hati… Itulah yang boleh admin gambarkan mengenai situasi yang dialami mangsa tragedi runtuhan di Batang Kali, Hulu Selangor pada awal Jumaat lalu.
Sehingga setakat ini, 24 orang mangsa korban telah dilaporkan dengan 21 mangsa telah dikenal pasti identitinya setakat jam 1 petang Ahad.
PENGUMUMAN
Senarai nama mangsa yang meninggal dunia dan cedera dalam kejadian Tanah Runtuh Jalan Genting Highland – Batang Kali #PekaAmaran #PatuhArahan #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama pic.twitter.com/V8VIzrsNym
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 17, 2022
Walau bagaimanapun, selain trauma yang dialami mangsa, pasukan penyelamat juga berhadapan dengan cabaran bukan sahaja dari segi fizikal tetapi emosi dalam menyelamatkan mangsa yang terlibat.
“Ada satu kejadian yang menyedihkan buat saya…”
Menurut Berita Harian, seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Selangor, Mohd Firdaus Abd Samad telah berkongsi pengalaman sedih yang dialaminya ketika terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa insiden malang tersebut.
Katanya, pihak APM telah menerima panggilan berkenaan kejadian itu sekitar jam 2.30 pagi dan bagai tak percaya apabila mengetahui mangsa terbabit mencecah 100 orang.
Setibanya di kawasan tersebut, lokasi kejadian dilihat berada dalam keadaan hiruk-pikuk dan lebih menyedihkan terdengar suara jeritan meminta bantuan dari mangsa hampir dari segenap arah.
Ketika pasukan penyelamat memulakan misi SAR, saya lihat beberapa orang mangsa bergerak keluar sendiri dari lokasi runtuhan ke arah yang lebih selamat. Ada di antara mereka menyalakan lampu suluh sebagai isyarat meminta bantuan,” katanya.
Namun, satu insiden yang membuatkan dia berasa sedih adalah apabila…
“Ada satu kejadian yang menyedihkan buat saya, seorang mangsa lelaki memberitahu kami isteri dan anaknya ada di dalam kereta mereka yang turut terkesan dengan runtuhan itu. Dia menjerit memberitahu supaya pasangannya terus menekan hon supaya mudah untuk kami mengesan kedudukannya.
“Dalam timbunan tanah dan kereta yang berselerakan, kami terus mencari arah hon kereta mangsa. Tidak lama selepas itu kami menemui kereta yang dimaksudkan lelaki berkenaan, dengan di dalamnya memang ada isteri dan anaknya.
“Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya.
“Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi,” cerita Firdaus.
https://www.instagram.com/p/CmS1bF8prf0/
Menurut Firdaus berkata, pengalaman 17 tahun bertugas di APM telah mengajarnya untuk menjadi profesional dan beliau serta pasukannya juga kekal tenang dalam mengeluarkan si anak dan diikuti dengan isteri mangsa tersebut. Allahu sedihnya…
“Sedihnya… mesti si ibu berharap anaknya masih hidup”
Kisah sedih Firdaus ini juga telah dikongsikan oleh personaliti TV, Fedtri Yahya yang mana mendapat pelbagai respon daripada netizen.
Rata-ratanya meluahkan rasa sedih dengan apa yang menimpa dan berharap ibu mangsa tabah dengan kehilangan anaknya itu.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga semuanya kuat dalam hadapi dugaan ini.
Baca: Tanah Runtuh Batang Kali: Jambangan Bunga Hiasi Depan SJK (C) Mun Choong Sebagai Tanda Peringatan