Kata orang “bila ada depan mata tak nak hargai, dah tiada nanti baru nak cari”. Itulah perumpamaan yang sangat sesuai dengan kisah ini.
Baru-baru ini seorang pakar perubatan tradisional telah berkongsi kisah pesakitnya di laman sosial dan kisah itu telah menarik perhatian orang ramai di Facebook.
Ceritanya bermula apabila pesakitnya telah mengalami gangguan aneh seperti gangguan tidur, mimpi buruk dan juga kejadian pelik yang lain.
Semua gangguan itu berlaku semasa pasangan tersebut telah mula bercinta hinggalah selepas mendirikan rumah tangga. Begitulah kehidupan mereka selama setahun lebih sehingga satu hari mereka berdua tidak tahan dengan seksaan yang menimpa.
Mereka membuat keputusan untuk cari jalan penyelesaian dan telah mendapat bantuan dari Zaihan Johari Perubatan Islam untuk bantu mengubati ‘penyakit’ mereka itu.
Selepas mereka mula berubat, isterinya telah diberikan ruqyah (perlindungan) dan tidak lama selepas itu terdengar tangisan yang kuat seakan kepanasan dan dia meronta kegelisahan.
Mereka mula menyoal asal-usul jin itu dan juga mengapa menggangu pasangan itu.
Siapa kau? Apa kau nak dari jasad ini? Siapa yang arahkan kau ganggu dia?”
Akibat terseksa, jin itu akhirnya menyerah dan menjawab,
Aku sayang dia, dia milik aku, aku nak pisahkan dia dgn suaminya, aku tidak mahu dia ada anak”
Selepas membuat siasatan, ternyata sihir itu sebenarnya dari bekas tunang wanita itu. Dia menyimpan dendam kerana mereka telah putus tunang sebelum ini.
Rupanya, bekas tunangnya telah menanam sihir di kediaman mereka dua hari selepas berlangsung pernikahan. Bila nak pupus manusia berdendam macam ni…
Dia telah menanam sebiji limau yang dicucuk beberapa jarum dan paku. Kata Zaihan Johari, limau itu adalah “simbolik” jasad yang ingin disihir supaya ia akan menyerang pada bahagian tertentu.
Kini, mereka telah pun buang sihir itu dan menjalani kehidupan mereka seperti pasangan suami isteri yang lain. Nasib baik mereka dapat mengendali isu ini dengan cepat sebelum apa-apa perkara yang lebih buruk berlaku.
Kalau dah takde jodoh tu terima jela, tak perlu nak guna cara macam ni. Tak fikir dosa ke!
Baca : Dengki Melihat Kebahagiaan Kawan, Wanita Ini Mengaku Hantar Sihir