Siri popular dari Korea Selatan, Squid Game musim kedua ini penangannya memang hebat kerana ia telah meraih jumlah penonton tertinggi dan menewaskan siri Wednesday pada minggu pertama ia mula ditayangkan.
Di samping kehangatan siri Squid Game 2 yang masih lagi menjadi tumpuan netizen hingga ke hari ini, tular pula satu video yang memperlihatkan seorang lelaki dari Indonesia persis pelakon utama drama bersiri tersebut.
Artikel berkaitan : Akan Ada Patung Baru Dalam Siri Squid Game 3, Ini Asal Usul Patung Young-Hee & Chul-Su
Artikel berkaitan : Ramai Teruja Tengok Pelakon ‘Squid Game’ Main Permainan Tradisional Malaysia
Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, wajahnya lelaki itu dilihat mirip dengan Lee Jung-jae yang memegang watak pemain 456 atau Seong Gi-hun. Dalam video yang dirakam dari arah belakang itu, lelaki tersebut dilihat sedang berjalan bersama dua individu, jelas kelihatan wajahnya apabila dia menoleh ke kiri.
Menurut sumber, lokasi video itu dirakam di Alun-Alun Sidoarjo, Kabupaten Sidoarjo, Jawa Timur.
@agungizeroo Gi hun dah nemu orang🤣 #fyp #squidgame #squidgamenetflix #netflix #gihun #foryoupage #squidgame2
@agungizeroo Gi hun dah sampe sidoarjo wkwkwk #fyp #squidgame #netflix #gihun #foryoupage #squidgame2
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen akui bahawa wajah mereka memang seiras, rata-rata terhibur apabila melihatnya. Malah ramai juga berseloroh pemain 456 telah berjaya melarikan diri dari permainan maut itu.
Min memang tergamam tengok, sebijik habis weh!
Sumber : TikTok