in

“Dia kepak tangan aku” – Terkedu Pekerja ‘Kasar’, Influencer Kongsi Pengalaman Pakai Hanbok Di Korea

Bella Park

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila melawat atau melancong ke sesebuah negara, kita pastinya akan mengambil kesempatan untuk mengenali serta mencuba budaya yang ada di situ, baik dari segi makanan atau pemakaian baju tradisi mereka.

Jika di Malaysia sinonim dengan pakaian etnik seperti baju kurung, saree serta cheongsam, di Korea Selatan pula ada hanbok ianya merupakan sepersalinan pakaian ala gaun yang dipakai oleh lelaki dan wanita.


Artikel berkaitan: Artis Korea Selatan Batal Konsert Di Malaysia Lepas Dikecam Netizen Gara-gara ‘Like’ Status Sokong Israel?

Artikel berkaitan: “Macam Indonesia & Malaysia la” – Park Shin Hye Dikecam Netizen China Gara-gara Pakai Hanbok

Jika berkunjung ke Korea Selatan, ramai yang akan mencuba untuk memakai hanbok dan mengambil gambar sebagai kenangan.

Pun begitu, seorang influencer dan juga usahawan yang terkenal di TikTok, Bella Park berkongsi pengalamannya mencuba pakaian tradisi itu, walaupun ia kelihatan cantik namun cerita di sebalik momen itu membuatkan netizen terkedu.

@bellapark1310

Aku tak tau dia tak puas hati tang mana wei?? muka aku mcm ex pakwe dia ka? ka dia lapaq ka, hahaha dia main kepak ja badan aku macam anak patung #gwenchana

♬ bunyi asal – haa – moon

“Aku tak tau dia tak puas hati tang mana wei? Muka aku mcm ex pakwe dia ka? Ka dia lapaq ka, hahaha dia main kepak ja badan aku macam anak patung,” tulisnya di kapsyen.

Dalam video itu, Bella berkongsi pekerja yang memakaikannya hanbok itu sangat kasar dan tidak mesra pelanggan.

Malah, pekerja itu turut mengepak tangannya ketika memakaikan bahagian atas busana itu sehingga membuatkan influencer itu tidak selesa.

“Tak macam dalam drama” 

Ramai netizen yang kesian dengan situasi yang menimpa influencer tersebut namun ada juga yang berkata orang di Korea Selatan memang sedikit kasar berbanding di Malaysia.

Cats 14

Penat kot ek…

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.