in

“Dia ikhlas bagi tak ada syarat” – Abang Viva Akhirnya Setuju Terima 4X4 Dari Pengasas Kosmetik

abang viva terima 4x4 sha hassan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ adalah satu nama yang tidak asing lagi di bibir rakyat Malaysia kerana telah menjadi ‘wira banjir’ di saat ramai yang memerlukan akibat terkesan dengan bencana yang menimpa.

Pun begitu, baru-baru ini, muncul berita yang mengatakan pengasas kosmetik bernama Sha Hassan mahu memberi lelaki ini sebuah kereta pacuan empat roda bagi memudahkan misi bantuannya.


MLK ABANG VIVA re

Walau bagaimanapun, timbul pula berita yang mengatakan Azwan telah menolak tawaran tersebut jika ia berunsur ‘marketing’.

 

Sha Hassan perjelas salah faham 

Sha kemudian menerusi satu posting di Instagram memberitahu sebenarnya berlaku salah faham antara pihaknya dan netizen akan isu tersebut.

Menurut Sha, Azwan tidak pernah menolak tawaran mengenai kereta tersebut dan memaklumkan akan menghubunginya sebaik selesai urusan membantu mangsa banjir di Pahang.

https://www.instagram.com/p/CYHI3QnhoJM/

“Dari awal niat saya ikhlas dan tak lain tak bukan untuk memberikan sedikit sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang. Saya harap selesai di sini dan sekali lagi saya mohon maaf,” jelasnya.

Kedua-duanya juga kemudian telah membuat satu sesi Facebook live untuk menjelaskan hal tersebut dan Azwan sempat menjelas sebab mengapa dia menerima tawaran itu daripada pengasas kosemetik berkenaan.

Saya setuju je nak terima. Macam Sha sendiri ikhlas nak beri, tak ada syarat tak ada apa. Memang kita orang dah bincang isu ini semalam. Saya setuju sajalah,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CYJK3GtroGY/

 

Bakal terima 4X4 minggu depan 

Menerusi update terbaru dari pengasas kosmetik ini, meskipun mereka mempunyai sedikit masalah dalam mendapatkan kenderaan berkenaan, namun atas bantuan ramai pihak kereta 4X4 yang akan diberikan kepada Azwan itu akan diperoleh dalam jangkaan minggu depan.

Menurut Sha lagi, Abang Viva juga tidak kisah dengan jenis kenderaan tersebut dan menerima apa sahaja yang ingin diberikan usahawan itu.

https://www.instagram.com/p/CYYDEGqBdV7/

Semoga urusan Abang Viva dalam membantu mereka yang memerlukan dipermudahkanlah lepas dapat kereta baru ini. 

Baca: “Kau memang layak” – Abang Viva Viral Terima Anugerah ‘Adiwira Prihatin Musibah’

viva

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.