Seorang usahawan kunafa yang dikenali sebagai Ojen Aiwah beberapa hari lepas mendedahkan bahawa dia telah ditipu lebih RM200K oleh seorang wanita yang menjadi ‘personal shopper’ untuk produk jualannya iaitu kunafa (sejenis manisan atau pencuci mulut yang berasal daripada Timur Tengah).
Menurut perkongsian usahawan tersebut menerusi Instagram, wanita tersebut merupakan seorang personal shopper dari Sabah yang telah menipunya sebanyak RM246,611 menggunakan resit palsu.
Difahamkan, wanita tersebut telah menyunting resit palsu itu menjadi sama persis seperti resit sebenar menggunakan sebuah aplikasi untuk menyunting gambar.
Wanita berkenaan telah melakukan penipuan ini selama lapan bulan
Artikel berkaitan: “Saya tak mahu londeh aib” – Kim Seri Beri Respon Susulan Bekas Suami Didakwa Ditahan Atas Kes Melibatkan Dirinya
Artikel berkaitan: “Seri kena bertanggungjawab” – Bekas Suami Kim Seri Dipercayai Ditahan Polis, Kakak Dakwa Adik Dianiaya Pempengaruh
Ojen Aiwah juga mengatakan dia akan menularkan gambar wanita terbabit sekiranya wanita itu tidak membayar semula wang yang ditipunya itu berjumlah RM64,000 terlebih dahulu pada hari Selasa nanti.
Difahamkan, setakat ini, wanita itu telah melunaskan bayaran sebanyak RM69,300.
Dalam perkongsian terbaru dari usahawan kunafa ini, wanita itu telah ditahan reman selama tujuh hari.
Ojen turut mengatakan kejadian ini mengajarnya untuk sentiasa memeriksa resit dan transaksi yang telah dibayar oleh pelanggan dan personal shopper meskipun sibuk.
Sumber: Instagram