in

“Dia di brain wash konon sayang dia” – Ibu Dedah Pelakon Cilik Watak ‘Khunsa’ Diganggu Oleh Anggota Polis

ft pelakon khunsa 2

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice baru-baru ini ada mendedahkan bahawa seorang pelakon kanak-kanak kini didakwa telah menjadi mangsa kepada individu pedolifia.

Dalam hantarannya di Instagram, Caprice menunjukkan mesej perbualan dirinya yang dihubungi ibu kepada pelakon tersebut yang mendakwa perwatakan anaknya kian berubah sejak mengenali individu terbabit.

Artikel berkaitan : Temui Petunjuk Baharu, Polis Siasat Suspek Culik Albertine Leo Mungkin Seorang Pedofilia

Artikel berkaitan : Tular Dakwaan Guru Pedofilia Di MRSM Tumpat, Polis Kini Sedang Jalankan Siasatan

“Abba kish tu ada maksud tau”

Jelas ibu kepada pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Khunsa itu iaitu Mikael Noah, wanita ini menjelaskan bahawa dia dihubungi oleh pelaku untuk berlakon di sebuah teater kelolaannya.

Menurut ibunya, lelaki yang merupakan penyanyi tradisional dan juga anggota polis itu ada berjumpa dengannya bersama isteri untuk meminta kebenaran meluangkan masa bersama Mikael memandangkan pelaku dan isteri tidak mempunyai anak lelaki dan berhasrat untuk menjadikan Mikael sebagai anak angkat.

Namun begitu, setelah sekian lama, ibunya mendakwa perwatakan Mikael jadi berubah sehinggakan hiilang rasa hormatnya terhadap ibu bapa kandung.

“Dia ada bawa Mikael keluar beberapa kali belikan Mikael macam-macam. Benda mahal juga la, kemudian lama-lama Mikael ini makin tak hormat mak ayah dia. Asyik melekat dengan telefon dan whatsapp.”

Perkara ini membuatkan si ibu terdetik untuk semak perbualan di antara Mikael dengan lelaki tersebut dan alangkah terkejutnya Caprice apabila membaca setiap perbualan yang dikongsikan ibu mangsa. Berikut perbualan penuh…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

 

“Kita yang besar pun tertipu dengan kata-kata manis ex bf/gf kita, apa lagi bebudak” – Ibu Mikael

Menjengah ke profil Instagram milik Mikael, ibunya ada membuat satu kenyataan memandangkan dia mendakwa ada segelintir netizen yang menyalahkan mangsa.

Ibunya bagaimanapun menjelaskan bahawa Mikael masih belum ‘diapa-apakan’ lagi oleh pelaku, malah ibunya juga turut menjelaskan situasi yang lebih terperinci tentang anaknya. Katanya, Mikael memang tidak terlalu melayan apabila pelaku mesej yang ‘bukan-bukan’ kepadanya.

Namun begitu, ibunya mendakwa bahawa Mikael telah di ‘brainwash’ kononnya pelaku itu sayang dan ikhlas terhadapnya dan ia membuatkan kanak-kanak seperti Mikael termakan degan ayat-ayat itu.

Bagaimanpun, wanita ini akui bahawa dia selalu terlepas pandang untuk semak mesej Mikael dengan pelaku biarpun sering memberikan perhatian terhadap aspek lain. Ia kerana wanita ini terlalu percaya kepada pelaku yang mempunyai perwatakan elok seperti tak tinggal solat, mempunyai isteri dan baik hati.

IMG 2168

Risaunya, minta jauh lah benda-benda ni.

Sumber: IG Caprice, Mikael Noah