Seorang lelaki meluahkan rasa kesal apabila mendapati kereta miliknya telah disekat dan ditampal dengan pelekat berwarna merah oleh pelaku dipercayai jirannya.
Berkongsi perkara itu di laman TikToknya, lelaki dikenali sebagai Tambi Mamat berkata kejadian ini berpunca akibat kawasan perumahan mereka dipenuhi dengan kereta daripada penghuni flat berdekatan dan beberapa kenderaan yang sudah ‘tersidai’ lama.
Katanya, dia sendiri tidak mengerti mengapa penduduk flat di situ enggan meletakkan kenderaan mereka di kawasan mereka.
Disebabkan isu itu, penduduk di kawasan taman perumahannya terpaksa mencari kawasan lain untuk memarkir kenderaan mereka seperti di lorong-lorong jalan.
Artikel berkaitan: “Kita dah bayar berpuluh ribu” – Lelaki Melenting, Dakwa ‘Cop Parkir’ Di Flat Perkara Normal
Artikel berkaitan: Lelaki Tunjuk Lagak Bila Cop Parking, Siap Gelakkan Orang Bila Ditegur
Kena marah sebab ambil parkir yang sudah ‘dicop’
Pada hari kejadian, dia yang baru pulang dari pasar pada jam 6.30 pagi tidak menjumpai parkir kosong dan terpaksa mengalihkan tanda cop parkir yang diletakkan oleh jirannya yang sudah berusia.
@muniswaranharirama sahabt2 semua tolong tambi please , ape yg skrng tambi nk buat 😭 dalam hidup tambi first time yer hadap pak cik yg xde xde adab 😭 @pdrmmalaysia
♬ original sound – Tambi Mamat TAKAFUL AIA – Tambi Mamat TAKAFUL AIA
Disebabkan dia meletakkan kenderaan di situ, jiran itu datang ke rumahnya dan menengkingnya kerana telah mengambil ‘parkirnya’.
“Dia sengaja block (parkir rapat) kereta saya lepas tu datang rumah saya maki-maki dengan pakai jubahnya… tak mencerminkan diri langsung,” katanya sambil menunjukkan kenderaannya ditampal pelekat merah.
Menurutnya, ini kejadian kali kedua berlaku dan mendakwa sebelum ini kawasan kejirannya mengamalkan sikap bertolak ansur.
Dalam perkembangan lanjut, dia sudah pun melaporkan isu berkenaan kepada pihak polis selepas orang ramai memintanya untuk menyelesaikan masalah melalui saluran undang-undang.
@muniswaranharirama terima kasih kepada semua yg tunjuk ajar saya , saya dh laksanakan bahagian sya yg lain tu biar pihak penguatkuasa jalankan tugas . semoga dipermudah segala urusan kita semua ,, selamat malam 🦾
♬ original sound – Tambi Mamat TAKAFUL AIA – Tambi Mamat TAKAFUL AIA
Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, Tambi memaklumkan bahawa masalah tersebut sudah diselesaikan secara baik selepas ahli keluarga pelaku datang ke rumahnya untuk berbincang.
Sumber: TikTok