in

“Dia cuba untuk Muay Thai kan saya” – Suami Dakwa Zahnita Yang ‘Mengganas’?

ft suami zahnita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama mendiam, suami kepada model dan pelakon Zahnita Wilson tampil membuat satu pengakuan mengejutkan apabila dia mendakwa bahawa dia lah sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon berkenaan.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47 menyangkal dakwaan bahawa dia bersikap kasar dan memukul Zahnita, katanya dia mahu mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya.


Artikel berkaitan : Ketua Polis Daerah Kuantan Jelaskan Zahnita Perlu Jalani Ujian Urin Susulan Laporan Dikaitkan Dengan Dadah

Artikel berkaitan : Mahu Fokus Pada Bisnes Pai, Zahnita Wilson Tolak Tawaran RM150K Untuk Jadi Model

Malah, Abdul Zackery mendakwa bahawa sepanjang 20 tahun tempoh perkahwinan mereka, dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang setiap tahun nak minta cerai.

“Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia. Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya.”

Screenshot 2025 01 07 175229

“Sebagai manusia sudah tentu apabila ada yang mahu menyerang, kita perlu defensif. Apabila seorang wanita berkelakuan seperti lelaki, apa lelaki itu patut lakukan?”

Jelasnya lagi, pergaduhan mereka pada November lalu tercetus apabila Zahnita bertindak mahu menyewa sebuah rumah tanpa memberitahunya.

Rumah tersebut disewa oleh Zahnita dengan ebrtujuan untuk menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan sejak awal tahun 2024.

Screenshot 2025 01 07 175151

Jadi, Abdul Zackery mendakwa bahawa sejak dia memulakan perniagaan tersebut, isterinya itu mula mengabaikan kebajikan anak-anak mereka yang membuatkan dia rasa tak puas hati.

“Saya dapat tahu dia menyewa kediaman lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus melenting serta memarahi saya.”

“Dia kata mahu mempertahankan bisnes dan tak boleh duduk bersama saya sebab saya sering memukulnya.”

Screenshot 2025 01 07 175204

Katanya, dia mahukan isterinya memberi sepenuh perhatian kepada keluarga lebih-lebih lagi anak bongsu mereka Abd Zayden Ghouse, 4 menghidap autisme.

Untuk rekod, Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005, mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu, Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.