in

“Dia cari barang paling murah” – Wanita Kongsi Warga Asing Cuba Pukau & Curi Duit Kedai

hampir dipukau warga asing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang juga pemilik kedai berkongsi pengalaman baru-baru ini yang mana duit di kedainya hampir dicuri oleh pasangan warga asing gara-gara dipukau.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Group Warga Kuantan OFFICIAL, wanita yang bernama Yaya Azlan mengatakan pasangan warga asing itu memulakan taktik mereka dengan mengambil barangan paling murah di kedai.


Menurut Yaya, lelaki warga asing menghampiri suaminya yang pada ketika itu sedang mengurus kedai berpura-pura tanya tentang pertukaran mata wang di sini sambil menunjukkan wang kertas Singapura.

346265107 975476120150022 8886687529091245115 n

Minta nak tengok duit

Lelaki terbabit kemudian meminta suaminya untuk melihat wang kertas RM100. Seperti dipukau, suaminya menuruti permintaan lelaki itu untuk menunjukkan wang kertas itu di kaunter.

“Aku ni tak sedap hati dah. Dalam hati duk baca ayat kursi. Suami aku nampak macam blur gila. Macam tak tahu apa,” katanya.

Dia kemudian segera mengambil duit terbabit dari tangan lelaki itu. Manakala si wanita cuba memegang anak Yaya, kononnya mahu bermain.

Bukan itu saja, lelaki terbabit turut meminta untuk melihat duit kertas RM50 dan RM20 dengan selamba membuka beg tangannya.

“Suami aku biar je. Aku memang tak pandang mata diaorang. Aku tolak tangan laki tu aku tutup handbag aku,” katanya.

Yaya mengatakan dia terus berlari meminta pertolongan di kedai sebelah. Melihat situasi itu, warga asing terbabit berasa tidak senang duduk dan cepat-cepat mahu beredar dari kedai.

“Kalau tak alert tadi memang hilang anak menangis tak berlagu.”

Berkongsi tentang insiden yang berlaku di Kuantan, dia meminta agar semua berwaspada mengenai kejadian itu. Tambahnya, warga asing itu pernah melakukan kegiatan sama di Kedah, Johor dan Terengganu.

Baca: “Buat-buat kalut bagi staff pening” – Pekerja Dakwa Dipukau Pelanggan, RM 180 Lesap
pukau kedai tudung

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.