Sebelum ini min ada share bahayanya telur dah rosak mungkin boleh bawa maut, jadi kes ini dah terbukti apabila ada seorang dah kena.
Sekitar satu minggu lepas, 99 orang di Terengganu dilaporkan terkena keracunan makanan selepas makan puding buih yang mereka beli online pada 22 Mei lepas. Makanan itu dikatakan mengandungi telur yang dah expired sehingga membawa maut kepada salah seorang pelanggannya.
Pakai telur yang dah 2 minggu daripada tarikh luput
Menerusi Malay Mail, wanita berumur 25 tahun itu meninggal dunia pagi semalam (3 Jun), dia sebelum ini dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 24 Mei dan dirawat di unit rawatan rapi selama 10 hari sebelum meninggal dunia.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, penyebab kematian adalah kejutan septikemia dan beberapa organ gagal berfungsi.
Kesemua 99 pesakit yang memakan puding buih tersebut dirawat di HSNZ dan beberapa pusat kesihatan selepas mengalami cirit birit muntah-muntah dan demam. Mangsa terdiri daripada 20 keluarga dan 77 daripadanya daripada Kuala Terengganu serta 22 dari Marang.
Pada 31 Mei, KKM ada tweet bahawa sumber keracunan makanan datang dari penggunaan telur yang telah tamat tempoh yang melebihi dua minggu setelah tarikh luput. Peniaga yang terlibat telah menggunakan telur yang telah habis tempoh penggunaan untuk membuat ‘puding buih’.
A recent case of food poisoning involving 99 patients in Terengganu from the consumption of ‘puding buih’ has been found to be due to the use of expired eggs.
The trader involved had used eggs over two weeks past the expiry date when making the pudding. – BERNAMA
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) May 31, 2020
Kalau nak berniaga biarlah elok, jangan disebabkan nak cut cost dan dapat untung lebih ia boleh memudaratkan pelanggan tak pasal-pasal nanti makan diri.
Baca : “Boleh bawa maut” – Jangan Ambil Mudah! Ini Tanda-tanda Telur Dah Rosak